TUN MAHATHIR DISERANG ~ Siapa `Dalang' Sebenar

Insiden yang cukup memalukan. Bekas Perdana Menteri, Bekas Presiden UMNO, yang masih lagi ahli UMNO telah diserang oleh UMNO sendiri. Apalah ‘sialnya’ dalang yang tidak menghormati Tun Mahathir ni.

Sehubungan dengan itu, aku nak pihak Polis menyiasat sehingga ke peringkat ‘lubang cacing’ untuk mencari siapa DALANG SEBENAR dalam kejadian tersebut. Apa yang aku difahamkan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff telah ditahan polis kerana dipercayai ‘ketua penyerang’ dalam kejadian tersebut.

Aku tidak kira siapa yang terlibat, aku nak tengok orang yang melakukan serangan ini dikenakan hukuman yang berat. YAB Datuk Seri Pak Lah juga telah menyatakan rasa kesal dengan insiden yang menimpa Tun Mahathir itu.

Pak Lah telah mengarahkan polis segera menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang bertanggungjawab. Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri memberitahu pemberita beliau dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pihak polis.

Pak Lah mahu pihak yang melakukan perbuatan itu mesti dikenakan hukuman berat. Perkara itu mesti ditangani segera bagi mengelak ia daripada menimbulkan kesan buruk dan pelbagai andaian negatif di kalangan orang ramai. Beliau juga khuatir pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan daripada insiden itu untuk menyebarkan khabar angin, terutama melalui Internet.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    9:19 AM

    aku setuju, dalang yang bertanggungjawab membawa keapada insiden tersebut perlu dihukum. Memang memalukan dan menjatuhkan martabat bangsa dan negara. Seorang bekas pemimpin tertinggi negara diperlakuakn sebegini sedangkan jasanya mentadbir dan mengurus negara tidak ternilai. Pandanglah Malaysia hari ini, lihatlah di semua sudut, tidak ada satu pun yang tidak melibatkan nama Tun Dr. Mahahthir. Lalu, apakah ini balasan untuknya? Hinanya insan itu, tidak mengenang budi malah perlu dihukum seberat-beratnya...

Post a Comment