Pengerusi Pemuda BN, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan provokasi oleh penyokong pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Ijok, Kuala Selangor sebagai melebihi batas.
Beliau berkata, jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dilalui sebelum ini, provokasi yang dicetuskan mereka kali ini jauh berbeza.
“Perkara sebegini memang sudah dijangka pun dan saya awal-awal lagi telah meminta semua jentera Pemuda BN berdisiplin, tidak keterlaluan dan jangan layan provokasi. Tetapi kadang-kadang provokasi mereka ini sudah lebih daripada batasan yang pernah kita lalui semasa pilihan raya yang terdahulu daripada ini.
Bagaimanapun saya cukup bangga dan ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN kerana saya tengok mereka cukup sabar dalam keadaan provokasi yang jauh berbeza ini”.

6:40 AM
Pi daaa Hishamuddin...lidah bercabang! Sistem pendidikan negara pun gagal nak kawal..ini pulak nak kawal samseng UMNO!Resign! Resign!