PARTHIBAN, KHALID IBRAHIM & LOGANADAN: Siapa Pilihan Orang Ijok?

Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim akan diumum sebagai calon parti itu untuk pilihanraya kecil DUN kawasan Ijok, 28 April ini.

Khalid merupakan anak tempatan Kuala Selangor dari Kampong Jeram Batu 20 yang juga merupakan Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Dalam Pilihanraya Kecil DUN Ijok, 28 April ini, Barisan Nasional meletakkan calon muda yang juga merupakan Setiausaha MIC Bahagian Tanjung Karang, K Parthiban, sebagai calon BN.

Parthiban, bertugas sebagai pegawai pendidikan di pejabat pendidikan Kuala Selangor. Beliau dipercayai telah melepaskan jawatannya Jumaat lalu.

Parthiban adalah seorang guru graduan yang pernah mengajar di beberapa sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Tamil di Kuala Selangor dan Tanjung Karang.

Selain Parthiban dan Khalid Ibrahim, pilihanraya ini juga akan menyaksikan seorang calon bebas bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok yang merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.

K Loganadan, seorang ahli perniagaan yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan telah mengumumkan akan bertanding, dan keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu.

Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai.

Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi ahli MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai kenalan serta sanak-saudara di Ladang Caledonian yang turut termasuk dalam DUN Ijok.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment