Pemuda UMNO menyokong penuh kenyataan dan amaran keras YAB Timbalan Perdana Menteri terhadap pemilik, penganjur dan penulis laman web dan bloggers yang melampaui batasan undang-undang.
EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, mereka bukan menulis dan menyebarkan maklumat yang kurang berasas, malah sebelum ini pun mereka berani membuat tohmahan dan fitnah terhadap pentadbiran dan hal peribadi YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.
Kini penulis laman web menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga menghina Yang Dipertuan Agong.
Pemuda UMNO telah pun bertemu dan membuat laporan berhubung hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Khamis, 10 Julai 2007) kerana sejak awal sudah menyedari bahaya penulis yang tidak bertanggungjawab ini.
Setiap hari rakyat dihidangkan dengan hasutan, syak wasangka, buruk sangka, niat jahat dan fitnah. Apakah kita mahu penulis blog menjadikan fitnah sebagai makanan rakyat kita? Apa nak jadi kepada penyebar fitnah ini? Mereka biadap, tidak beretika dan bermaharajalela seolah-olah mahu menunjukkan mereka memang tidak beretika.
Penulis blog seperti Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today begitu biadap dalam tulisannya menulis ’see you in hell Muhammad son of Muhammad’ terhadap pemimpin Melayu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Ini bukan budaya fikir orang Melayu! Orang Melayu bukan biadap, malah orang Melayu dikenali dengan budaya Islam dan budaya timur yang disegani dunia.
Kita tidak boleh membiarkan penulis laman web menjadikan rakyat kita hamba kepada fitnah. Jika tidak akhirnya negara Malaysia yang bermaruah dan tamadun yang kita bina selama 50 tahun merdeka ini dicemari oleh penulis laman web.
Penulis laman web bebas bersuara dan menulis, tetapi mereka mestilah bertanggungjawab. Mereka yang bersalah, memfitnah dan menghina Agong mesti dibawa ke muka pengadilan, sama seperti mana kita mahu keadilan diberikan kepada mereka yang difitnah dan dianiaya.
Seorang lagi EXCO Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal sependapat bersama Dato’ Reezal. Baginya, pihak yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif termasuk menghina Yang Dipertuan Agong dan Islam adalah orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedaulatan maruah rakyat dan Negara ini.
Golongan ini sewajarnya dikenakan tindakan tegas, bukan sahaja dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah selayaknya dipenjara seumur hidup kerana tidak mensyukuri nikmat kemerdekaan dan keharmonian kaum yang telah kita nikmati selama ini.
Tindakan tidak bertanggungjawab mereka ini adalah gejala buruk dan jahat kerana ia bukan sahaja menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum malah mencemar pemikiran golongan muda.
Janganlah kerana pemikiran terbelenggu dengan kepentingan diri, emosi, dendam peribadi dan matlamat kelompok kecil, penulis laman web mencemari kemajuan dan perpaduan yang telah dinikmati bersama hampir 50 tahun.
Kita tidak mahu budaya biadap, menghasut, jahat dan jahil penulis blog menular, mempengaruhi dan menjajah minda anak-anak muda dengan tulisan-tulisan kita yang tidak bertanggungjawab ini.

0 Komen
Post a Comment