Jasni Abd Rahman Dalam Kenangan .....


Hari ini 29 Ogos 2007. Tiga tahun yang lalu, iaitu pada tarikh 29 Ogos 2004, merupakan hari terakhir aku bersama seorang sahabat …. Jasni Abdul Rahman berbual, berbincang, meluah rasa dan merupakan hari terakhir aku menatap wajahnya di Rumah Rehat Kuala Berang, Terengganu.

2 hari selepas itu, iaitu pada tanggal 1 September 2004, aku dan kami semua, kita semua kehilangan seorang sahabat, seorang abang dan seorang pejuang yang cukup kuat, cukup kental semangatnya.

Sudah 3 tahun Arwah jas meninggalkan kita. Meninggalkan kenangan pahit manis bersamanya. Namun, Allah lebih menyayanginya. Buat sahabat-sahabat yang masih mengingatinya, sedekahkan Al-fatihah buatnya, semoga Arwah Jas bersama sahabat-sahabat yang lain ditempatkan bersama orang-orang yang beriman ..... Al-Fatihah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. jas... semuga roh mu terus di rahmatiNya.

    -RW-

Post a Comment