Lama rasanya tak update blog aku yang entah apa-apa nie. Sejak sibuk mengemas barang, nak pindah dari Damansara Damai ini, hinggalah aku dah duduk pun kat Kota Damansara, aku tak banyak kesempatan nak update, lebih-lebih lagi rumah kat Kota Damansara … belum ada internet.
Bila nak ada internet… entahlah. Bini aku pun dah pening kepala, dia mana boleh berenggang dengan internet. Sabarlah sayang… tak lama lagi tu, adalah.
Sepatutnya, kawasan-kawasan perumahan baru terutamanya kawasan ‘elit’ macam Kota Damansara ini dah sedia ada dengan kemudahan internet ker, broadband ker…. Kerajaan pun mewar-warkan budaya ‘celik IT’ kepada rakyat Malaysia, tapi sayangnya masih ada pihak terbabit yang kurang ariff dengan saranan kerajaan tu.
Lupakan dulu pasal budaya IT nie sebab aku nak kongsi kesedihan aku dengan kedua ibu-bapa mangsa pembunuhan kejam… Nurin Jazlin. Walaupun dia bukanlah kenalan aku atau sedara aku pun, tetapi sebagai manusia aku cukup kecewa dengan `seorang binatang’ yang cukup kuat perasaan kebinatangan.
Apalah nasib adik Nurin, tapi sebagai manusia, kita pasrah dengan kehilangannya. Cuma kehilangannya, cukup menyayat hati. Persoalannya sekarang, siapakah `binatang’ tersebut dan apakah motif sebenar binatang tersebut membunuh Nurin dengan sebegitu rupa.
Lihat laporan Berita Harian hari ini (24 Sep 2007), ada persoalan yang mengatakan kemungkinan ‘binatang’ tersebut mempunyai dendam terhadap ibu-bapa kanak-kanak tersebut.
Ada kebarangkalian kemungkinan tersebut kerana Nurin hilang sebulan lamanya, dibunuh dengan kejam dan akhirnya selepas bermacam-macam usaha dibuat, Nurin dijumpai dengan menyayat hati di satu tempat yang mudah ditemui.
ALONG … Ini semua angkara Along. Bapa Nurin telah pinjam Along dan macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada keluarga Nurin hingga pada pandangan aku, tuduhan-tuduhan ini boleh membawa keaiban kepada keluarga Nurin.
Bapa Nurin sendiri melahiran rasa kesal terhadap tuduhan, laporan dan tanggapan-tanggapan buruk sedemikian, dan kini dia bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memburukkannya dengan masalah along ini.
Jazimin dan BH mengatakan “Saya baru saja mengebumikan anak saya dan mereka berani membuat spekulasi bahawa saya tahu siapa yang bunuh Nurin dan kenapa”….
Takkan seorang ayah sanggup membiarkan anaknya diperlakukan sedemikian rupa. Kita bersama-sama menumpang kesedihan terhadap apa yang dilalui keluarga Nurin terutamanya apa yang dilalui oleh Nurin sendiri.
Oleh itu, pada pandangan aku, janganlah kita menambah kesedihan keluarga Nurin dengan tuduhan dan anggapan-anggapan buruk. Biarlah pihak berkuasa menjalankan dulu tugasannya, kita samsamalah berdoa agar petunjuk demi petunjuk membantu siasatan polis bagi menangkap ‘binatang’ berkenaan.
Buat keluarga Nurin, aku sekeluarga turut bersimpati dengan apa yang dilalui mereka. Aku berdoa agar selepas ini tiada lagi Nurin kedua… Kita sebagai ahli masyarakat hendaklah sama-sama menjaga anak-anak kita agar tidak lagi menjadi mangsa jenayah kejam sebagaimana yang dilalui Nurin Jazlin Jazimin . Al-Fatihah.

0 Komen
Post a Comment