Disiplin pelajar tanggungjawab semua - GPMS

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) memandang serius isu disiplin dikalangan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah pada hari ini. Isu ini telah dibangkitkan berulang-ulang kali oleh pelbagai pihak namun ianya masih tidak dapat diselesaikan.

GPMS melahirkan kebimbangan dalam isu disiplin kerana ia menyebabkan fokus para pelajar kepada pelajaran mereka akan terganggu.

Masalah disiplin dikalangan pelajar ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Beberapa elemen penting yang menjadi para pelajar tidak berdisiplin perlulah dikaji.

Latarbelakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. GPMS berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat dibendung.

Oleh yang demikian GPMS mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah disiplin para pelajar dari terus berleluasa.

Perjumpaan berkala diantara ibu bapa para pelajar dengan pihak bagi memastikan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa terjalin bagi membincangkan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah.

Pertemuan para pelajar dengan pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan perlu diadakan dengan lebih kerap bagi mendapat penjelasan tentang masalah jenayah setempat yang sedang dihadapi dan kesannya kepada diri pelajar.

Mewujudkan kumpulan pemantau diantara guru, ibu bapa, pihak polis dan pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa dikawal.

Menjalankan kursus-kursus yang boleh memberi pendedahan kepada para pelajar tentang potensi yang ada pada diri masing-masing supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian untuk berjaya dalam pelajaran.

Dengan cadangan langkah-langkah tersebut diharapkan masalah disiplin dikalangan para pelajar di sekolah-sekolah akan dapat di atasi.


Layarilah: www.gpms.org.my

MOHD FAIZAL MOHD SALLEH
Pengerusi Biro Anti Dadah & Gejala Sosial
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
Tel: 019- 669 9506

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment