16 September- FATAMORGANA ANWAR IBRAHIM

Walaupun sedar Pilihanraya Umum telah 6 bulan berlalu dan rakyat telah membuat pilihan, cara lain dicari untuk menunaikan cita-cita DSAI. Maka bermulalah satu lagi fatamorgana, meminjam ungkapan yang digunapakai oleh Pak Lah.

Anwar kata, beliau telah mempunyai angka yang cukup untuk membentuk kerajaan.

"Ini Anwar punya fatamorgana, this is somethings but nothing. Tidak ada apa-apa ini hanya impian semata-mata. I know Anwar daripada dulu hingga sekarang. I know him for very long time. Bila dia nak buat ucapan dia akan cari satu sebab yang buat ramai orang akan datang. Consistently daripada dulu hingga sekarang itulah perangai dia. Tapi itulah….. datanglah orang beramai-ramai nak dengar. Tak ada…. kalau dah ada dia dah umum dah seluruh dunia akan tahu," ujar Pak Lah dalam satu sidang media pada 16 September 2008, hari yang dikatakan akan menjadi sejarah baru Malaysia, hari bersejarah buat Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim telah memaklumkan beliau telah menulis kepada PM untuk mengadakan perbincangan. Persoalan yang bermain di benak rakyat Malaysia, apa tujuan Anwar nak bincang dengan Pak Lah, dah tak yakin dengan PKR ke, atau nak kembali ke dalam UMNO, kerana dengan UMNO sahajalah, impian Anwar nak jadi PM boleh tercapai.

Apa Kata Anwar? : "we have slight majority, of course beyond or excess 31. Increasing by hour… serious… I am not joking, this morning I reveived a sign note from another member."

Tegas Perdana Menteri jika benar dakwaan itu pejabatnya sudah diserbu.

Pak Lah pun kata:
"If he asked me to discuss, they will storm to my room with hundred behind him screaming. 2 third members… Lepas ni dia fakir pulak bila pulak tarikh supaya orang akan pergi dengar pengumuman dia. Tarikh ini akan terus bertukar dan itulah cara dia dan tidak ada apa-apa. Yang ada kosong dan rakyat terpesona setiap masa."

"Berilah perhatian kepada usaha kita untuk mengatasi masalah-masalah ketika ini, kerjasamalah dengan kerajaan untuk laksanakan projek untuk rakyat. Kita tak perlu jadi kelam kabut, kita jadi semua terganggu jika fikir hal yang macam ini. Ini merugikan masa kita ini tidak baik. Ini satu pembohongan permainan politik DSAI."


PM juga berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang sambil mencabar ketua pembangkang itu menyenaraikan Ahli Parlimen yang didakwa melompat parti.

"Saya tak fakir dia ada senarai itu. Kalau dia ada senarai 31 Anggota Parlimen dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu."
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment