
Apa korang rasa Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam Selangor , Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali buat sepanjang hari nie.... Mungkinkah dia melawat pejabat JAIS ataupun melawat gereja yang diserbu Jais di Damansara baru-baru ini?
Tapi aku rasalah kan ..... Hassan Ali sepanjang hari nie mengemas pejabatnya. Beliau tahu beliau akan digugurkan sebagai EXCO Selangor dalam masa terdekat nie ...
Dalam UMNO-Online hari nie, mengulas mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinan jawatankuasa tertinggi parti itu dilihat lebih mempercayai pihak lain termasuk golongan “kuffar” berbanding penjelasan daripada Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam Selangor , Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.
Bekas Ahli Dewan Undangan Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata tindakan Hadi yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan penjelasan Hasan Ali pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) semalam jelas satu penghinaan yang nyata kepada Hasan Ali yang sebelum ini disanjung dan dipuja oleh pemimpin Pas.
Menurut beliau apa pun alasan yang diberikan oleh Hadi, ianya tetap memberi seribu satu gambaran bahawa Hasan Ali tidak lagi mendapat kepercayaan dan keyakinan pucuk pimpinan sebaliknya pihak lain pula yang mendapat keistimewaan.
“Mungkin hari ini, puak-puak yang ingin melihat Hasan Ali tersungkur tengah buat perancangan untuk buat “kenduri” kerana jika hasil pertemuan antara kepimpinan Pas serta pihak gereja serta JAIS tidak memihak kepada Exco agama tersebut, maka Hasan Ali boleh kemaskan barang-barang di pejabatnya.
“Percayalah lambat laun perkara ini akan terjadi kerana Hasan Ali terkontang kanting keseorangan di dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Bukti sudah jelas…. penjelasan Hasan di peringkat mesyuarat tidak meyakinkan. Apa lagi kesimpulan yang kita boleh buat melainkan beliau hanya menunggu masa “untuk” dikorbankan demi kepentingan kuasa politik di negeri tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas langkah Pas Pusat yang akan mengadakan pertemuan dengan pihak gereja untuk mendapatkan penjelasan selain mahu berjumpa dengan JAIS bagi mendapatkan maklumat daripada mereka.
Baru-baru ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Dr Hasan berkata JAIS melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya Rabu lalu kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Dan Mingguan Malaysia melaporkan Dr Hasan sebagai berkata, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika diminta melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri dan apa-apa jawatan sekali pun “demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor.”
Tegas Zainal lagi, rakyat boleh melihat bagaimana Hasan Ali yang pada satu ketika disanjung boleh diperlakukan sedemikian rupa oleh kalangan kepimpinan mereka sendiri gara-gara takutnya kehilangan undi bukan Islam.
“Saya bukannya mahu mencurahkan minyak ke dalam api tetapi sedih melihat bagaimana Hasan Ali diperlakukan. Jawatan bertaraf Exco seolah-olah tidak ada nilai dan makna. Inilah gara-gara berkibatkan undi dan takutnya kepada DAP… nauzubillahiminzalik,” katanya.


9:20 PM
Apapun aku harap Datuk Dr Hassan Ali jangan minta maaf dan jangan 'u' turn kali ini. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengang. Baru orang akan respek kat kita sebagai orang islam. Apa nak kira hal dunia. Datuk Dr Hassan pun dah berumur. Jika nak kira kehilangan pendapatan mustahil kerana dia memang orang terkenal. Yang dihiraukan adalah kehilangan kradibaliti dan maruah dan yang paling utamanya adalah maruah Islam. Jadi jika di buang dari exco pun apa ruginya?. Malah pembangkanglah rugi.