
Sekadar Gambar Hiasan: Bagaimana Khalid Tunduk Kepada DAP Di Selangor
Shah Alam, 8 Ogos- Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) terkejut dengan tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang tidak faham prosedur dan undang-undang di Selangor.
Amat
Ujarnya, kenyataan Khalid Samad yang mencemuh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali menjadikan isu membaptis orang Melayu di Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh JAIS menjadi polemik yang sangat hangat dipasaran.
“Lebih hebat dari itu, rakyat Selangor kini sedang ditontonkan dengan tendang terajang politik Pas yang bergaduh sesama sendiri dalam menangani isu Murtad yang membelenggu umat Islam khususnya di Selangor.
Juga bertambah
Tambahnya, tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini dipercayai berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Islam Selangor yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor. Rakyat yakin pasukan JAIS telah membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan sebelum ini bagi memastikan kes ini sahih.
Menurut sumber, gerakan Katolik membaptis orang Melayu & muaalaf di Selangor kini berjalan dengan sangat aktif. Peristiwa yang berlaku digereja methodist itu merupakan 'Tips of Iceberg' yang sangat menyentuh hati dan perasaan umat Islam.
”Adalah amat dikesali Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan EXCO Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
GAPS mengesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang di negara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha mubaligh katolik yang beria-ia mahu memurtadkan umat Islam,” tambahnya.
Kes membaptis umat Islam ini amat
GAPS berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit ini.


0 Komen
Post a Comment