
Baginda berharap politik kepartian yang diamalkan oleh rejim Khalid gagap tidak dicampuradukkan dalam pengajaran kerana ia akan merugikan masa yang sangat berharga kepada pelajar untuk kejayaan masa depan.
“Amatlah merugikan jika seseorang pelajar membuang masa berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. Sesungguhnya masa itu emas.
Sultan Selangor tidak berkenan orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik dalam kawasan UNISEL termasuk Anwar Ibrahim
Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bertanggungjawab membawa budaya politik ke dalam UNISEL, Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah UNISEL adalah tempat untuk belajar, berbincang dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat uji kaji, penyelidikan dan eksperimen mengenai sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan taraf industri di Selangor.Titahnya, usaha itu harus dilakukan demi kemajuan negeri ini pada masa akan datang agar dapat bersaing dengan negeri maju lain di dunia ini.
“Apabila politik dicampuradukkan dengan pelajaran akademik, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak gemar perkara itu dan tidak akan menghantar anak mereka ke universiti ini untuk melanjutkan pelajaran.
“Sekiranya ini berlaku, ia akan merugikan universiti ini dan kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini menjadi gajah putih,” titahnya.Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda sudah menerima aduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di kampus UNISEL itu dan tidak mahu ia berterusan kerana jika UNISEL gagal, ia akan merugikan kewangan kerajaan negeri yang kini hampir habis.


12:01 PM
salam
kalau orang Umno dan BN tak hantar kat unisel pon kerajaan PR selangor tak kisah.
Bagi pada anak orang PR aje masuk unisel, biar kita tengok kehebatan unisel yang sebenarnya.
Politik dalam kampus adalah satu keperluan untuk mendedahkan dan menyediakan seorang graduan yang intelektual yang kritis terhadap negara dan kerajaanya.
kalau tak percaya tengoklah profesor2 kangkung yang memberi ulasan isu semasa dan dasar kerajaan dengan penuh ampu dan bodek semata2.
wasalam