ARTIKEL KHAS UNTUK KERAJAAN NEGERI TRENGGANU !


artikel ni pendek je.

ada 3 aspek penting aku nak sampaikan kepada kerajaan negeri trengganu dan umno trengganu.

3 artikel pendek ala telemovie ni berkisar pada 10 hari aku berkelana kat trengganu.

PERTAMA

tahniah kerana lebuhraya baru LPT dah hampir siap. perjalanan biasa dari KL ke trengganu di waktu musim raya kadang kala ambil masa 7-8 jam. 7-8 berdasarkan kepada pemanduan 100-130 km sejam ditambah dengan waktu rehat di R&R.

tetapi.. masa perjalanan balik aku dari ganu nampak lagi cepat bila lebuhraya LPT dah siap.

daripada kuala trengganu aku masuk ajil dan terus ke kuala dungun-jabor dan masok semula ke LPT. dari kuala trengganu ke KL perjalanan aku cecah 5 jam je.

mungkin kalau LPT ni dah sepenuhnya siap, maka nak trengganu silap aribulan boleh pergi balik.

aku cerita bab highway ni pasal terbaca komen awang adek yang tempelak kerajaan negeri kelantan yang pemalas nak upgrade jalan-jalan sesak di kelantan.

KEDUA

selama ni kita kenal trengganu melalui penyu pata. lepas tu tasik kenyir,pulau perhentian,redang,pulau kapas. produk pelancongan pantai di trengganu sebenarnya cukup banyak tapi sayang tak dipromosikan kepada khalayak umum.

kebanyakan orang tahu akan keindahan laluan pesisir pantai di marang dan kelulut. tapi di penarek takde orang tahu. aku lepak kat penarek 2 hari. perggh memang cun melecun tempat tu. pantainya biru kalau dibandingkan dengan kelulut.

kenapa kerajaan trengganu tak highlightkan kecantikan luar biasa penarek ?
makanan laut jangan cerita la. sotong goreng punyalah besor, air kelapa,ikan goreng tepung.. harganya RM120 untuk 14 orang makan sampai muntah !

kepada exco pelancongan kerajaan negeri trengganu, dah tiba masanya buat promosi lebih aktif. nak bantuan promosi, panggillah kami blogers ya...

KETIGA

isu politik mainan pas. perbualan aku dengan jemaah masjid/surau, kedai minum dan sedara mara adakala diselitkan dengan isu politik.

aku nak cakap bab politikal game yang sedang pas mainkan.

kebanyakan isu yang dorang tanam di pemikiran rakyat nampak terlalu lucu,mudah dan outdated. mudah dipatahkan dalam sejam.

tapi aku nampak umno trengganu kurang agresif dalam usaha counter isu yang pas mainkan.contohnya isu minyak dan subsidi.

apa yang sedang berlaku dalam perbincangan dan perdebatan di arena blogsphere yang semakin mengasak pas nampak tak digunakan faktanya secara khususi.

umno trengganu dari segi pentadbiran dan sosio ekonomi pendidikan ok. teruskan. cuma penerangan umno trengganu perlu lebih agresif dalam bab psy war politik. kenapa dibiarkan minda rakyat trengganu dirosakkan dengan isu mainan pas ?

isu bershit, orang kampung pikir lain, tapi yang berlaku lain. jangan pandang enteng pada isu bodoh yang sedang pas mainkan. penggondolan otak ni wajib diperjelaskan.

isu rosmah jelas menjadi bahan bualan makcik pakcik kat kampung..

bab rosmah terus terang aku cakap, kalau umno trengganu tak pandai nak counter ia boleh jadi salah satu bahan kempen pilihanraya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment