Cukuplah Pengorbanan Yang Dibuat, Jangan Ada Yang Terkorban Lagi

Mereka mengorbankan masa dan tenaga, jauh dari keluarga khususnya di saat-saat kita sedang meraikan bulan Syawal yang mulia ini.

Pemergian mereka untuk membantu saudara-saudara kita yang ditimpa musibah di sana, mereka buat apa sahaja dengan niat untuk membantu, seterusnya mambawa nama Malaysia ke persana dunia.

Pengorbanan mereka cukup besar ertinya, namun malam ini, berita yang kita terima cukup menyayat hati.

Pergorbanan sahabat kita, Norafaizul Mohd Noor untuk berkhidmat di Somalia, akhirnya mengorbankan dirinya sendiri. Beliau ditembak bersama sahabat2 Media yang lain ketika pulang ke hotel kediaman mereka.

Bukan Faizul sahaja, malah seorang lagi yang membuat pengorbanan di bulan Syawal ini, Aji Seregar pula dikatakan sedang kritikal sekarang nie, juga akibat ditembak.

Ya Allah! Cukuolah seorang yang terkorban. Mereka pergi untuk berbakti, mereka pergi untuk berjasa, mereka pergi atas misi kemanusiaan untuk membantu saudara-saudara dan umatmu yang memerlukan.

Lindungilah mereka dari sebarang mala bencana. Selamatkan perjalanan mereka. Berikanlah kekuatan dan kau jauhkanlah sahabat kami, Aji dari sebarang kesulitan. Berikanlah Aji peluang untuk menikmati kehidupan seterusnya, peluang untuk terus berbakti di masa hadapan.

Selamatkanlah mereka.

Mereka berkorban, sehingga ada yang benar-benar terkorban hari ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment