
Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, kenyataan ini sekali gus telah mencemuh dan menidakkan sumbangan besar pasukan polis dan tentera yang berkerja 24 jam sehari serta sedia mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keamanan dapat dicapai dan keselamatan dapat dinikmati.
"Kenyataan Md Sabu yang meng`hero`kan Komunis sebagai hero negara juga telah memberikan perspektif baru dalam aliran politik Pas dalam arus politik perdana dinegara ini.
Lebih 2 tahun lalu Pas telah mencabut 'Perjuangan Negara Islam' dalam objektif mereka dan kini mereka melangkah terus kehadapan dengan menjadikan komunis 'Hero' perjuangan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan kepada pihak media.
Dalam mentafsirkan kenyataan Md Sabu, GAPS ingin mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden Pas itu kerana membuktikan parti Pas kini semakin jelas diresepi ideologi komunis.
Md Sabu berjaya mengalih pandangan orang Melayu yang sebelum ini melihat Pas parti pro Negara Islam, kini sudah jelas menjadi parti yang pro komunis.
"Kelmarin Pas tolak Islam bila Hadi Presiden Pas berkata hudud itu irrelevan, hari ini Pas mendakap ideologi komunis bila Md Sabu Timbalan Presiden Pas kata komunis itu hero dan pejuang sebenar negara.
Ideologi komunis dengan jelas menolak ajaran agama terutamanya agama Islam. Ramai umat Islam di Russia dan China diseksa apabila mereka cuba mengamal ajaran Islam," tambahnya yang juga mantan Ketua Pemuda AMK Negeri Selangor.
Kini rakyat sudah tahu rupa Pas yang sebenar. Pas kini semakin dekat dan rapat dengan Chin Peng dan Rashid Mydin.
Kenyataan Md Sabu juga boleh ditafsirkan Pas semakin sebati untuk mendaulatkan ajaran Hegel, Karl Max dan Mou Tzee Dong di negara ini.
"GAPS tidak terperanjat jikalau visi Md Sabu adalah untuk menyatukan Pas dengan Dap. Ini cuba dilakukan oleh Tan Malaka apabila ia cuba menyatukan Sarekat Islam Indonesia dengan KMN sebuah sayap komunis antarabangsa pada tahun 1922.


0 Komen
Post a Comment