300 ahli PKR Ampang Campuran Keluar Parti


Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ampang, Prof. Madya Dr. Rozaidah Talib.

Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mohd. Shafie berkata, tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat.

"Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat,'' katanya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment