Ada ‘Anasir’ Yang Menanguk Di Air Keruh: Cuba Keruhkan Hubungan Malaysia - Indonesia


Kuala Lumpur, 18 Oktober- Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim membayangkan ada kemungkinan ada anasir-anasir dalam dalam Negara kita sendiri yang melihat pertikaian isu-isu tertentu antara Malaysia dan Indonesia akan menguntungkan mereka terutamanya dari segi politik untuk jangka masa panjang.

“Dalam masa yang sama, keterbukaan media yang diamalkan di Indonesia secara meluas, mereka boleh bercakap dan komen apa sahaja dengan secara terbuka, yang akhirnya mendatangkan kesan yang amat negatif terutamanya apabila sesuatu isu timbul di peringkat dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Kedua-dua ini memerlukan soal ketanggungjawaban, ‘sense of belonging’ tidak ada. Kita tidak boleh melihat dari segi agenda politik untuk kita merosakkan Negara, kita juga tidak boleh melihat bahawa ini merupakan satu keadaan yang mana kita boleh meraih keuntungan daripada kekeruhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia,” ujarnya di Parlimen sebentar tadi.

Tambahnya, jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia boleh menjurus kepada perkara-perkara yang lebih teruk dan tidak baik sedangkan kita melihat bahawa Indonesia merupakan satu pasaran ekonomi terbuka yang turut menguntungkan Negara kita.

“Ia akan menguntungkan kita jika kita melihat dari segi kerjasama “win-win situation” antara Negara kita dan Indonesia sama ada hubungan dua hala, hubungan perdagangan, hubungan ekonomi dan hubungan pelaburan antara dua buah Negara yang sebenarnya mempunyai kekuatan yang perlu disatukan demi kemakmuran bersama,” tambahnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment