Amalan Ke Arah 'Kebankarapan'- UMNO Selangor


UMNO Selangor menasihatkan kerajaan PKR Selangor agar tidak mengheret mana-mana anak syarikat kerajaan negeri ke arah ke'bankrapan' semata-mata mahu melaksanakan apa-apa program untuk meraih populariti serta kepentingan politik.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa berkata, amalan menggunakan anak syarikat kerajaan negeri untuk tujuan sedemikian adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab selain memudaratkan prestasi kewangan syarikat terbabit dan ekonomi negeri.

"Kerugian sebelum cukai tahun 2009 yang dialami Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebanyak RM 122.25 juta kerana menanggung program air percuma yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 adalah bukti jelas kerajaan negeri tidak mengambil kira kesan sampingan daripada pelaksanaan program tersebut.

Pemberian air percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang ini dilihat sebagai satu 'kebajikan melulu' kerana ia tidak memberi manfaat secara keseluruhan. Kerajaan negeri hanya memikirkan kesan dan keuntungan politik semata-mata tanpa melihat kesan kewangan yang ditanggung oleh anak syarikat," ujarnya mengulas kerugian KDEB sebelum cukai pada 2009 sebanyak RM122,25 juta.

Tambahnya, jika program air percuma untuk kebajikan rakyat, maka ia harus diberikan penekanan kepada golongan pendapatan rendah dan miskin.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment