Antara Himpunan Sejuta Umat Dan Himpunan Bersih, Pas Menipu Diri Sendiri

Pas yang mendabik dada kononnya sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini, hanyalah sekadar slogan sahaja tetapi tidak mampu untuk merealitikan apa yang diperjuangkan.

Ketua Wanita UMNO Subang, Halimathon Saadiah Bohan menyifatkan tindakan Pas menarik diri daripada Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini membuktikan belang sebenar parti itu.

“Penarikan diri daripada himpunan itu membuktikan siapakah Pas yang sebenarnya,, alasan bahawa himpunan itu tidak membabitkan parti politik kerana ia dianjurkan oleh badan bukan kerajaan.

“Ini berbeza dengan pendirian Pas ketika perhimpunan haram Bersih 2 di ibu negara tidak lama dahulu, apa bezanya Bersih dengan Himpunan Sejuta Umat. Bersih 2 juga dianjurkan oleh badan bukan kerajaan,” ujarnya.

Kelmarin Pas membuat keputusan bahawa mereka untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat dengan alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik dan menghormati keputusan pihak penganjur.

Himpunan Sejuta Umat adalah perhimpunan untuk menggerakkan kebangkitan umat Islam di negara ini supaya peka terhadap tanggungjawab untuk mempertahankan aqidah dan memperjuangkan kesuciannya agama Islam.

“Keputusan Pas itu sudah dijangka, Pas sebenarnya terpaksa menarik bukan disebabkan alasan yang diberi tetapi tekanan daripada rakan mereka dalam pakatan pembangkang. Itu semua adalah helah belaka.

“Sedangkan sebelum ini, Pas Selangor dan Pemuda Pas beriya-iya mengatakan mereka akan menyertai himpunan itu, apa yang berlaku jelas lah Pas bukan parti yang memperjuangkan Islam seperti yang diperkatakannya.

“Islam yang disering dilaung-laungkan itu hanyalah sekadar slogan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu, contoh paling jelas apabila perjuangan negara Islam sebelum ini terpaksa diubah kepada negara berkebajikan, ini semua hasil mereka berkawan dengan DAP dan PKR,” katanya.

Menurutnya adalah suatu yang menyedihkan apabila perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan berteraskan Islam ditolak Pas dengan alasan remeh demi menjaga kepentingan politik mereka.

“Perhimpunan haram Bersih2, yang dianjurkan oleh Ambiga, seorang yang bukan Islam dan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar, Pas antara yang lantang membidas kerajaan, ini menunjukkan adanya `double standard’ pendirian Pas,” katanya.

Apa yang berlaku itu jelaslah menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian dan hanya mengikut telunjuk dalam menentukan perjuangan mereka kerana khuatir akan ditinggalkan oleh rakan sekutunya dalam pilihan raya umum nanti. -MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment