BN Negeri Sembilan Tekad Rampas Kembali 8 Kerusi DUN

Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bertekad untuk merampas kembali sekurang-kurangnya lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas kepada pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Kerusi tersebut adalah Nilai, Temiang, Sikamat, Ampangan, Senawang, Paroi, Port Dickson dan Repah.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha merampas semula kerusi berkenaan dibuat atas pertimbangan bahawa sokongan kepada BN di kawasan berkenaan telah meningkat pada nisbah 70:30.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, di peringkat Parlimen, BN telah menetapkan untuk merampas kembali kerusi Seremban, Rasah dan Teluk Kemang.

“Respons yang diterima daripada rakyat menunjukkan sokongan kepada BN negeri ini semakin hari semakin baik.

“Malah, kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan sebanyak tiga kali dengan yang terakhir pada pertengahan tahun ini masih menunjukkan sokongan terhadap BN telah meningkat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN 2011 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Majlis penutupan program itu disempurnakan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Presiden PPP, Datuk M. Kayveas; Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader dan Presiden Barisan Kemajuan India Se Malaysia (IPF), M. Sambanthan.

Mohamad menggesa seluruh pemimpin dan ahli BN bekerja keras bagi mengekal dan meraih sokongan pengundi terhadap BN dengan mengadakan program untuk orang ramai.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment