BN Selangor Akan berjuang Pastikan Selangor Kembali Di Perintah BN- Noh

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor telah bersedia untuk berjuang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang bagi memastikan negeri itu kembali diperintah BN, kata Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata jentera di semua peringkat telah digerakkan bagi mempersiapkan semua anggota untuk menyalurkan maklumat dan penerangan kepada semua pengundi di Selangor supaya mereka mampu membuat pilihan tepat.

"Kita sudah sedia dengan jentera, hanya tunggu 'wisel' dari pucuk pimpinan. Rakyat di Selangor juga nampaknya telah bersedia untuk menerima perubahan ini melalui indikator yang kita lihat menerusi beberapa program yang telah dianjurkan.

"Sebagai pemimpin, kita juga perlu bersedia untuk sama-sama berjuang memastikan kemenangan BN tanpa mengira kepentingan lain. Letakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya," katanya kepada pemberita pada Majlis Sehari Bersama Menteri di Ban Canal, Homestay Kampung Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata seperti yang pernah dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat Selangor tidak boleh dipersalahkan sehingga negeri itu terlepas daripada tangan BN.

"BN telah buat kajian terhadap kesilapan yang dibuat dan kita sedang memperbaiki kesilapan itu. Kita yakin rakyat akan kembali menyokong BN," katanya.

Terdahulu, Noh menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing yang disertai kira-kira 1,300 kaki pancing dari seluruh negara.

Juara pertandingan, Ahmad Abdul Wahab, 48, yang berjaya menangkap ikan baung seberat 1.27 kg membawa pulang wang tunai RM22,000 beserta hadiah iringan.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment