GAPS Desak Aziz Bari Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat Prof Dr Abdul Aziz Bari mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama, Ogos lepas.

Pengerusinya Hamidzun Khairuddin berkata tindakan serupa juga patut diambil ke atas sebuah portal yang menyiarkan laporan berita berkenaan.

"Dalam hal ini, Abdul Aziz dan portal berita terbabit telah melakukan perbuatan serius sebab ia melibatkan dua institusi penting iaitu agama dan raja," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu bersama wakil dari 20 badan bukan kerajaan di Balai Polis Seksyen 6 di sini.

Abdul Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dipetik sebagai berkata oleh sebuah portal baru-baru ini, tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja itu bukan sesuatu yang lazim selain menyifatkannya sebagai tidak konsisten.

Sementara itu, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang turut membuat laporan polis, berkata Abdul Aziz harus diambil tindakan oleh senat universiti itu.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment