Hanya Tiga Keluarga Anak Beranak Anggotai Kabinet Bayangan Pembangkang

Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk Dr. M.Kayveas tidak hairan sekiranya pakatan pembangkang masih terus berdiam diri dan tidak mengemukakan nama-nama bagi mengisi kabinet bayangan yang pernah mereka utarakan.

Katanya, tindakan sekutu pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang masih tidak menamakan anggota mereka untuk mengisi kabinet sekiranya mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang bukanlah satu taktik politik.

“Kita tak payah terkejut dengan apa yang mereka lakukan kerana tentunya hanya ada tiga keluarga saja yang akan menduduki kabinet bayangan iaitu keluarga Anwar Ibrahim, keluarga Lim Kit Siang dan keluarga Karpal Singh,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Sebelum ini, pakatan pembangkang pernah menyuarakan bahawa mereka sudah mempunyai kabinet bayangan yang akan dikemukakan sekiranya mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kita sendiri tengok sekarang dalam parti mereka mana ada orang lain yang berkuasa selain tiga keluarga dengan anak isteri masing-masing jadi tentunya jawatan-jawatan dalam kabinet juga akan diletakkan kepada nama-nama terbabit tidak kiralah sama ada Anwar atau Kit Siang yang jadi Perdana Menteri.”

“Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pernah mengatakan bahawa beliau enggan menjadi Perdana Menteri dan sekiranya dilihat trend sekarang ini tidak mungkin jawatan tertinggi tersebut akan diserahkan kepada Hadi Awang,” katanya.

Bidas beliau lagi, politik pembangkang adalah politik yang tidak melihat kepada masa hadapan sebaliknya lebih berteraskan kepada kepentingan keluarga sendiri.

“Inilah politik tak boleh pakai yang digunakan oleh pembangkang sedangkan jika dilihat dahulu para pemimpin inilah yang lantang menuduh kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nepotisme dan kronisme dan hari ini mereka sendiri telah mengaplikasikan apa yang pernah mereka tuduh pada BN.”

Jelasnya, sekiranya pemimpin sedemikian dibiarkan menjadi pentadbir apatah lagi sebagai ketua negara maka tentunya Malaysia akan hancur dan lebih teruk lagi, nama negara di persada antarabangsa akan buruk.

Ketika ini, Anwar adalah Penasihat Umum PKR, isterinya Wan Azizah Wan Ismail menjawat Presiden manakala anaknya Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR sementara Kit Siang yang pernah menjadi Pengerusi DAP mewariskan kepimpinannya kepada Lim Guan Eng yang menjawat Setiausaha Agung sementara menantunya iaitu isteri kepada Guan Eng, Betty Chew pula adalah Adun Kota Laksamana di Melaka.

Selain dikuasai keluarga Kit Siang, DAP juga dikuasai keluarga Karpal Singh di mana Karpal adalah Pengerusi DAP, anaknya Gobind Singh Deo merupakan Setiausaha Biro Guaman Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Puchong dan seorang lagi anaknya, Jagdeep Singh Deo adalah Adun Datuk Keramat, Pulau Pinang. - MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment