Hudud Pas Benarkan Suami Liwat Isteri : Pas Gagal Berikan Penjelasan

Pas hari ini dilihat berada dalam dilema apabila terus menyepi dan mengambil sikap berdiam diri berhubung undang-undang Hudud yang dibangkitkan ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin di Parlimen minggu lalu.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussein berkata tindak-tanduk kepimpinan Pas itu khsusnya bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan menimbulkan pelbagai tafsiran.

Menurut beliau pertamanya apakah Hadi termasuklah Mursydiul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan mereka tidak perlu lagi memberikan penjelasan kerana “motto” mereka hari ini telah bertukar kepada Negara Berkebajikan.

“Keduanya tafsiran yang kita boleh buat ialah apakah mereka khuatir dan gusar jika mereka memberikan penjelasan, ianya akan menimbulkan kemarahan kepada sekutu utamanya di dalam pakatan pembangkang iaitu DAP setelah kedua-duanya dikatakan bersetuju untuk tidak bersetuju menjadikan Hudud sebagai agenda utama pada pilihan raya umum ke-13 pada mesyuarat sulit mereka baru-baru ini.

“Ketiganya apakah DAP belum lagi memberikan lampu hijau untuk Pas memberikan penjelasan atau apakah Pas masih tercari-cari penjelasan kepada apa yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin itu. Itulah yang menjadi persoalan kepada kita sekarang,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz HJ Mohd Afandi Yusof meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan berhubung undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, khususnya Seksyen 14 Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir, 2002.

Menurut beliau perkara tersebut yang dibangkitkan ahli Parlimen Bebas, Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin memerlukan penjelasan lebih lanjut sama ada perkara itu benar atau sebaliknya

Tegas beliau Hadi yang pada waktu itu sebagai Menteri Besar Terengganu perlu bersuara kerana sebarang kekeliruan mengenai perkara itu akan menimbulkan pelbagai tafsiran di kalangan umat Islam.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami untuk meliwat isteri.

Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.

Dr Muhammad seterusnya menegaskan Pas perlu mengakui dan bukannya bersifat sedemikian rupa jika mereka benar-benar ikhlas dan telus dalam memperjuangkan Hudud.

Ini kerana ujar beliau penjelasan lebih lanjut diperlukan kerana mereka yang menggubal dan bukannya pihak lain.

“Nampaknya mereka seolah-olah tidak mengakui kesilapan sendiri…Saya tidak kata yang mana satu betul dan pihak mana yang salah dalam soal ini tetapi apa yang dibangkitkan oleh Zulkifli Nordin itu memerlukan penjelasan selanjutnya.

“Jangan mengambil sikap berdiam diri….Jika berterusan dengan sikap sedemikian akan timbul pelbagai persoalan sepertimana yang saya tegaskan tadi. Itu yang kita tidak mahu kerana akhirnya Islam yang akan dilihat tidak elok. Jadi baik Hadi atau Nik Aziz tampillah ke depan nyatakan kekeliruan berkenaan,” ujarnya. -MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment