Isu Gereja – Khalid Samad Makin Meroyan Buat Tuduhan


Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bahawa ada pihak yang sengaja untuk melagakan-lagakan orang Islam dengan penganut Kristian di Selangor kerana tidak berpuasa hati dengan kejayaan pakatan pebangkang mentadbir negeri itu adalah suatu yang tidak berasas.

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zain Mohamad menyifatkan sebagai seorang yang meroyan dan membuat tuduhan tanpa asas untuk kepentingan politiknya.

“Ini bukanlah pertama kali pembangkang membuat tuduhan bahawa isu membabitkan umat Islam dan Kristian di Selangor dibelakangai oleh UMNO, walaupun Khalid tidak menyatakan mana-mana pihak, namun perkara itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO.

“Khalid nampaknya cuba menutup kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Selangor, kerana tidak ada kesepakatan di kalangan pemimpin negeri itu berhubung tindakan JAIS terhadap sebuah gereja tidak lama dahulu,” katanya kepada UMNO–online.

Menurutnya, dalam perkara itu, Khalid seharusnya mendapat penjelasan daripada exco yang bertanggung jawab iaitu, Datuk Dr Hassan Ali exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam dan Adat Melayu Selangor dan bukannya menuduh pihak lain.

“Dalam perkara ini, saya cabar Khalid supaya mendapatkan penjelasan dari Datuk Hassan Ali, jangan bermain serkap jarang, dia sepatutnya bertemu dengan Dr Hassab untuk dapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku.

“Semua orang tahu, Selangor diperintah oleh pembangkang, JAIS adalah agensi kerajaan negeri dan orang yang bertanggung jawab terhadap adalah Dr Hassan, dan bagaimana pula dia menuduh pihak lain terbabit dalam tindakan itu.

“Apa yang saya lihat dalam perkara ini, Khalid dan beberapa pemimpin pembangkang namapknya cuba menutup masalah yang berlaku di kalangan mereka, untuk itu mereka tuduh orang lain terutamanya UMNO terbabit terhadap tindakan JAIS,” katanya.

Mohd Zain berkata, Dr Hassan sudah pun menjelaskan pada media bahawa tindakan yang diambil adalah berdasarkan tugas JAIS yang bertanggungjawab terhadap urusan Agama Islam di Selangor.

“Apakah Khalid masih lagi mengatakan apa yang berlaku itu didalangi oleh pihak lain, sedangkan Sultan Selangor juga sudah memperakui terhadap tindakan JAIS itu.

“Jika Khalid masih tidak berpuasa hati, dia boleh mendapatkan penjelasan daripada Sultan Selangor dan jangan menuduh adanya pihak yang cuba melaga-lagakan umat Islam dan orang Kristian di Selangor kerana cemburu dengan kepimpinan pentadbiran negeri,” katanya.

Adalah suatu yang tidak munasabah bahawa apa yang berlaku itu adalah disebabkan ada pihak tidak berpuas hati dengan kejayaan pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional pada pilihan raya 2008.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. ‎"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapatkan siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di samping orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (QS. an-Nisa: 138-139).Tak perlu jd ustaz atau ulamak utk memahami apa yg diturunkan dalam Quran.

  2. Quote “Semua orang tahu, Selangor diperintah oleh pembangkang, JAIS adalah ..."


    kah kah kah kah .... kalau bodoh lain kali duduk diam diam nanti orang tau ko bodo...

    macam mana diperintah "PEMBANGKANG"??

    wooi PR menang bentuk kerajaan negeri Selangor...

    yang pembangkangnya BN bongok...

Post a Comment