Jamawi Mesra Artis .... sebab apa yea?

Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menziarahi keluarga keluarga Allahyarham Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, di rumah keluarga allahyarham di Shah Alam Selangor, semalam.

Allahyarham Ahmad Jais yang meninggal dunia pada 11 Oktober lepas di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam akibat sesak nafas.

Pengerusinya, Jamawi Jaafar berkata, kunjungan tersebut selain menunjukkan perasaan simpati kepada keluarga Allahyarham ianya juga merupakan satu penghormatan dari pergerakan Pemuda, betapa Negara telah kehilangan seorang seniman rakyat dalam mengisi persada seni hiburan tanah air.

“Pemergian Allahyarham Datuk Ahmad Jais merupakan satu kehilangan besar kepada kita semua terutamanya dalam persada hiburan tanah air, dimana allahyarham yang kita kenali dengan kemarduan suaranya sukar kita cari ganti” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Jamawi, sebagai insan seni jasa serta pengorbanan allahyarham perlu dihargai dan dikenang terutamanya genersi muda khususnya penyanyi penyai muda yang baru menampah nama dalam industri hiburan tanah air.


Selepas melakukan Ziarah di rumah keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Jais, rombongan Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno juga berpeluang menziarahi seorang lagi artis Biduanita Negara, Azean Irdawati yang sedang sakit dan di rawat di Hospital Beacon Petaling Jaya.

Semasa kunjungan ini Jamawi turut menyampaikan kata semangat kepada artis yang lebih dikenali dengan artis air mata ini agar tabah menghadapi ujian tuhan dan medoakan Azean yang lebih arkab dengan panggilan “ Kak Yan” sembuh segara bagi sakit yang dialaminya ketika ini.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment