Jangan Cakap Tak Serupa Bikin.. Bela Aziz Bari Tapi Lupa Khianat Dr Rosti


Sikap segelintir pihak yang menyelar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya iaitu pensyarah undang-undang Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai suatu yang tidak sewajarnya dibangkitkan apatah lagi untuk dibawa ke pentas politik.

Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.

“Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut adalah Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Tindakan tersebut telah menimbulkan polemik sehinggakan wujud segelintir pihak yang mahu mewujidkan himpunan membantah penggantungan tugas beliau atas alasan membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.

“Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.

“Apa saja yang mahu dilakukan ada kebebasannya tetapi tidak ada kebebasan mutlak sebagaimana kebebasan akademik yang diperkatakan oleh para pendukung himpunan terbabit.”

Katanya, kenyataan bahawa tindakan UIA adalah tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip kebebasan akademik juga perlu disangkal kerana pihak universiti mengambil tindakan tatatertib ke atas kakitangannya yang meminta menjawab surat tunjuk sebab.

“Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.

“Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

Jelas beliau lagi, seharusnya Aziz Bari sendiri dapat menjangka apa yang bakal berlaku sebelum membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain apatah lagi Sultan Selangor dan apabila tindakan tatatertib diambil maka dia perlu bertanggungjawab tanpa berasa tersinggung.

Ahmad Atory turut membidas pihak yang menuduh UIA kononnya mengambil tindakan atas alat politik pihak lain sedangkan apabila kerajaan Negeri Selangor yang terang-terang melakukan tekanan politik kepada bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr. Rosti Saruwono sehinggakan terpaksa meletak jawatan dengan notis 24 jam maka pihak yang lantang bersuara sepertimana mempertahankan Aziz Bari tidak tampil ke hadapan atas alasan yang sama.

“Siapa sebenarnya yang politikkan akademik sedangkan banyak bukti menunjukkan bahawa pakatan pembangkang mempolitikkan tindakan kerajaan untuk kepentingan mereka,” katanya.

Tambahnya, sekiranya ada pihak yang mahu melakukan perhimpunan bagi membantah apa yang dilaksanakan oleh UIA maka tentunya bukanlah menjadi suatu kesalahan asalkan ia mendapat kelulusan dan permit dari pihak berkuasa.

“Jangan nanti apabila pihak polis mengambil tindakan maka yang dipersalahkan adalah BN dan UMNO sebagaimana pelbagai perkara yang terjadi dalam pakatan pembangkang maka jadi dituding kepada UMNO.”

Katanya, sebagai penganalisis politik, beliau melihat pelbagai perkara yang diperbesarkan sekarang ini oleh pihak pembangkang termasuklah tindakan tatatertib ke atas Aziz Bari adalah kerana ketandusan isu bagi menutup aib mereka sendiri.

“Pembangkang sekarang sudah kehangatan ibarat cacing kepanasan kerana banyak isu yang dimanipulasikan oleh mereka berjaya ditangani oleh kerajaan dan yang belum dieksploitasi hanyalah akademik apatah lagi Aziz Bari telah berjaya diperlatkan oleh pembangkang,” tegasnya. – MediaUMNO

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment