Jangan Lalai, BN Terus Berjuang Untuk Rakyat

Kuala Lumpur, 21 Oktober- Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria mengakui bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN hari ini tidak boleh lalai, sebaliknya mestilah terus berjuang untuk kepentingan rakyat kerana kedudukan parti pada masa ini adalah semata-mata atas kehendak dan restu rakyat.


"Kita mesti memperlihatkan parti kita melalui segala usaha tindakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita di semua peringkat bahawa kitalah merupakan juara kepada aspirasi dan kehendak rakyat di dalam negara kita.


"Justeru itu kita mesti menyusun langkah untuk memperlihatkan hakikat bahawa kita adalah parti yang sentiasa dapat merasai denyutan nadi rakyat melalui pelbagai usaha yang kita lakukan sepanjang masa," ujarnya kepada UMNO-Online baru-baru ini.


Dalam masa yang sama, ujarnya sebuah parti memerlukan jentera sokongan yang kuat, apatah lagi kita bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 ini, sudah pasti saranan dan pandangan YAB Perdana Menteri agar jentera BN bekerja keras, jangan sabotaj parti dan mendampingi rakyat, harus difahami dan diteliti dengan lebih mendalam.

Beliau berkata, UMNO sebagai parti tertua di negara ini juga perlu bekerja lebih keras memenangi hati rakyat agar tidak dilupakan dan hanya menjadi kenangan pada masa depan.


“Kita tidak sewajarnya ada mana-mana pihak yang mahu mensabotaj parti, tidak kira dari segi sabotaj calon, baik dari segi jentera dan kerja, dan sebagainya. Paling penting kita harus memastikan BN memenangi PRU yang akan datang bagi meneruskan kesinambungan kerja kita, wawasan dan visi kita untuk rakyat Malaysia yang dipelopori oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohb Najib Tun Abdul Razak.

Untuk memastikan parti kita kuat, kita harus memberikan sepenuh komitmen dan sokongan kita kepada parti. Sebarang bentuk sabotaj ataupun apa-apa perkara yang diluar jangka batas kemenangan, itu merupakan perkara yang tidak boleh berlaku dalam parti kita,” ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Parit, Perak.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment