Kerajaan Pulau Pinang Dibidas Gagal Jelaskan Pendirian


Anggota pembangkang hari ini membidas kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kerana tidak berani menjelaskan pendirian mengenai beberapa isu termasuk pelaksanaan hukum hudud.

Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan Shabudin Yahaya daripada Barisan Nasional berkata setiap soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat BN berhubung beberapa isu termasuk hukum hudud ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

Bercakap kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, beliau berkata rakyat Pulau Pinang inginkan satu penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai pelaksanaan hukum hudud.

"Mereka (rakyat) ingin tahu pendirian kerajaan negeri tetapi, kerajaan negeri tidak berani untuk menjawab soalan dan mencari jalan mudah dengan mengelak daripada menjawab," katanya.

Beliau berkata sebelum ini banyak pemimpin pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS, termasuk Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mengeluarkan pelbagai kenyataan.

"Kini kami menggunakan platform yang betul untuk mendapatkan jawapan daripada kerajaan negeri bukannya bagi pihak pemimpin parti," kata Shabudin.

Beliau berkata wakil-wakil rakyat BN mengemukakan tidak kurang daripada tiga soalan mengenai hukum hudud, pemohonan maaf Lim kepada Sultan Johor dan kenyataan Naib Presiden PAS Mohamed Sabu berhubung insiden Bukit Kepong tetapi kesemuanya ditolak Abdul Halim.

ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim, ADUN Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed dan Shabudin telah mengemukakan soalan-soalan yang perlukan satu penjelasan namun gagal dijawab kerajaan negeri.

"Apa erti kerajaan negeri berprinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)? Itu cuma satu penipuan rakyat kerana tidak berani memberi penjelasan terhadap masalah yang timbul," katanya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment