Khalid Ibrahim Tidak Perlu Putar Belit Isu Kenaikan Elaun ADUN Selangor

Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri itu yang diluluskan Mac lepas bukan untuk semua wakil rakyat negeri itu.

“Rang undang-undang berkaitan yang diluluskan adalah sebenarnya kenaikan elaun Adun secara tetap dan pada realitinya diberikan kepada semua Adun sama ada beliau berprestasi tinggi atau sebaliknya. Bila rang undang-undang sudah diluluskan, isu itu tidak timbul,” kata ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr Satim Diman.

Rang undang-undang bagi meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan 1980) yang diluluskan pada 31 Mac lepas itu adalah untuk memberi kenaikan elaunan bulanan kepada setiap 56 Adun Selangor daripada RM4,11.79 kepada RM6,000 berkuatkuasa pada 1 Jan lepas, katanya bagi mengulas kenyataan Abdul Khalid pada Sabtu lepas bahawa elaun tambahan kerja akan diberi kepada Adun Selangor yang memberi sumbangan kepada rakyat dan negeri.

Abdul Khalid dilaporkan berkata penambahan elaun Adun seperti yang diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor lepas bukan melibatkan kenaikan bagi semua Adun di Selangor, dan elaun tambahan kerja itu merupakan satu insentif yang diberikan kepada Adun berasaskan kerja yang mereka lakukan seperti kerap melawat kawasan masing-masing.

Satim meminta Abdul Khalid menyenaraikan nama Adun, baik daripada pakatan pembangkang mahupun daripada BN, yang dianggap menunjukkan prestasi tinggi atau sebaliknya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment