Manifesto Pas Terengganu Cuba Tipu Rakyat.. Kenapa Tak Laksana Di Kedah, Kelantan?

Manifesto Pas Terengganu dilihat tidak lebih hanya sekadar gula-gula politik kerana ianya tidak seiring dengan manifesto Pas di negeri lain.

Exco Pemuda UMNO, Mohd Suffian Awang berkata jika mereka ikhlas untuk rakyat kenapakah Pas di Kedah termasuk di Kelantan tidak melakukan langkah yang sama.

Soal beliau apakah masing-masing menunggu respon rakyat terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang sama.

“Saya tidak nampak langsung keikhlasan Pas Terengganu dalam soal ini kerana tidak wujud persamaan di antara Pas di negeri lain. Apakah hanya Pas Terengganu yang berminat untuk melaksanakan slogan retorik mereka iaitu Negara Berkebajikan.

“Bukankah itu telah memperlihatkan kepada umum bagaimana retoriknya Pas sepertimana slogan retorik mereka”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Pas Terengganu Sabtu lalu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’.

Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ialah Melaksanakan pengecualian cukai kediaman, Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN, Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami, Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.

Suffian yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuantan seterusnya menambah manifesto awal Pas Terengganu menunjukkan Pas cukup berselera untuk menagih simpati rakyat.

Namun ujar beliau Pas tidak pula bernafsu untuk melaksanakan tanggungjawab apabila diberikan amanah oleh rakyat khususnya para pengundi.

“Bila dapat kuasa dan amanah lain pula jadinya, tengoklah apa yang berlaku di Terengganu ketika mereka memerintah dahulu.

“Dan lihat pula apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kedah hari ini.Lihat pula sekutu mereka menerajui Selangor dan Pulau Pinang, apakah benar-benar deliver apa yang dijanjikan”, soalnya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment