Najib Ucap Takziah Atas Kematian Putera Mahkota Arab Saudi

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghantar perutusan takziah kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud atas kematian Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud.

Putera Mahkota yang juga Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Penerbangan Arab Saudi serta seorang anggota penting dalam badan pusat pembuat dasar kerajaan Arab Saudi itu, mangkat pagi ini waktu tempatan.

Perdana Menteri dalam perutusan takziahnya kepada Raja Abdullah, berkata kemangkatan Putera Mahkota itu merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja untuk kerajaan Arab Saudi tetapi juga kepada dunia Islam yang kehilangan seorang pemimpin hebat.

Najib berkata semasa hayat baginda, Putera Mahkota Sultan telah menjalankan tanggungjawab yang besar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Dan baginda mendapat kasih sayang dan perasaan hormat dari rakan-rakan senegaranya serta umat Islam atas integriti, kesederhanaan, dedikasi dan perubahan minda baginda.

"Ingatan dan doa kami adalah bersama Tuanku dan anggota keluarga terdekat serta rakyat Arab Saudi," katanya.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.