“Serahkan Kepada Lim Guan Eng Dan Lim Kit Siang Untuk Selesaikan Kes Anak & Cucu mereka”- Ahmad Maslan

YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab di Parlimen hari ini berhubung kes yang melibatkan anak Lim Guan Eng, dan juga cucu kepada Lim Kit Siang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, apa yang beliau faham daripada kenyataan TPM, jika isu tersebut telah menjadi isu dan tuduhan demi tuduhan tertentu, sepatutnya apa yang wajar dibuat oleh Lim Guan Eng ialah membuat laporan polis dan polis boleh menyiasat samaada kes tersebut ada atau sebaliknya.

“Kita serah kepada polis kerana ada tuduhan tuduhan, adanya yang dikatakan fitnah (kalau benar fitnah). Jadi hal-hal yang berkaitan dengan tuduhan-tuduhan dan fitnah-fitnah ini, kita biarkan polis yang selesaikan.

Itu maksud Tan Sri Muhyiddin, bukannya beliau ada jahat ataupun prasangka buruk. Tan Sri Muhyiddin kata, beliau tidak tahu menahu pun mengenai perkara tersebut. Kalau ada apa-apa perkara yang dipertikaikan, kalau ada apa-apa perkara yang dikatakan fitnah dan sebagainya, hal tuduhan-tuduhan palsu dan sebagainya, undang-undang di Malaysia ialah serahkan kepada polis untuk menyiasat,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas laporan beberapa lamanweb portal pro-pembangkang yang telah salah lapor dan berat-sebelah yang berniat jahat untuk memfitnah Tan Sri Muhyiddin.

Tambahnya, apa yang menjadi masalah sekarang ialah tanggapan apabila perkara itu tidak diberikan kepada polis untuk menyiasat, kemudian barulah timbul tanggapan dan isu-isu tertentu yang berlaku dengan berbagai ragam.

“Saya menyokong apa yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, jika perkara itu patut diselesaikan yang melibatkan kes-kes yang melibatkan tuduhan-tuduhan, ataupun yang melaibatkan fitnah-fitnah tertentu, adalah lebih baik jika pihak berkuasa sahaja (PDRM) sahaja yang mengatakan kes itu tidak ada kes.

Oleh itu, kita serahkan kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk menyelesaikan kes anak dan cucu mereka ini,” ujarnya lagi ketika ditemui di Parlimen petang tadi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    2:40 PM

    Dah disahkan. Ini berita fitnah.

Post a Comment