Wang Zakat Untuk Anak Khalid.. Lembaga Zakat Selangor Digesa Beri Penjelasan

Akhirnya Lembaga Zakat Selangor mengakui bahawa mereka telah memberikan duit zakat kepada anak Khalid Samad untuk membiayai pelajarannya ke luar negara.

Manakala Khalid Samad pula terus mendiamkan diri seribu bahasa berhubung perkara ini walaupun pada masa yang sama, dia asyik bercakap tentang kepincangan kerajaan dalam setiap ceramah dan setiap kali mikrofon wartawan ada di hadapannya.

Kisah DUMC masih segar dalam ingatan. Bahkan kontroversi tersebut secara tidak langsung membabitkan kelemahan serta kepincangan yang terdapat dalam Lembaga Zakat Selangor yang gagal mengenalpasti golongan yang wajib mereka serahkan hak asnaf miskin dan fakir.

Bagi golongan yangcubamempertahankan kepincangan serta kealpaan, atau lebih tepat lagi, penyelewengan tersebut, sudah pasti akan mengatakan bahawa anak Khalid Samad merupakan golongan asnaf yang berhak mendapat bahagian dari Lembaga Zakat Selangor.

Namun, prinsip sebenar dan tujuan zakat disyariatkan oleh Allah Taala kepada umat Islam adalah untuk mengurangkan jurang antara golongan kaya dengan golongan miskin, sama ada ianya membabitkan fizikal mahupun psikologikal.

Namun nampaknya Lembaga Zakat Selangor tidak memahami prinsip tersebut atau boleh jadi juga sengaja buat-buat buta, pekak dan tuli.

Biarpun mungkin anak Khalid Samad mempunyai kriteria dan ciri-ciri yang melayakkan dia berada dalam asnaf fisabillah, seharusnya para pegawai di Lembaga Zakat Selangor memerhatikan juga latar belakang anak Khalid Samad itu, terutama sekali dengan kedudukan Khalid Samad selaku Ahli Parlimen dan orang penting parti politik.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, tidak ada para Sahabat r.a yang menyorong-nyorongkan muka memohon untuk mendapatkan zakat, bahkan mereka berusaha untuk menjadi penyumbang zakat walaupun sirah menunjukkan mereka tidaklah sekaya mana. Bahkan ada sesetengahnya yang terpaksa mengikat batu di perut untuk menahan lapar.

Begitu juga pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin. Bahkan pada zaman tabiin dan tabiit tabiin, kesemuanya berusaha untuk menjadi pembayar zakat, bukannya menyorong borang dan kemudiannya mencari-cari jalan untuk meletakkan ahli keluarga masing-masing sebagai layak dalam mana-mana salah satu asnaf.

Kisah bagaimana wang zakat yang diserahkan kepada asnaf akhirnya kembali ke Baitulmal pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab r.a dan Khalifah Umar Abdul Aziz, nampaknya tidak menjadi teladan yang baik untuk pemimpin Pas Selangor yang pandai bercakap tetapi tidak pernah CAKAP SERUPA BIKIN itu.

Terlalu banyak berita tentang kegagalan golongan miskin dan fakir apatah lagi golongan yang berhutang untuk mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor, kedengaran.

Walaupun sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan yang sangat terdesak, terutama yang menghidap penyakit merbahaya dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera, tetapi tidak mempunyai wang untuk membayar bil hospital biarpun hospital tersebut adalah hospital kerajaan, seolah-olah tidak diendahkan langsung oleh Lembaga Zakat Selangor.

Kisah bagaimana para pegawai Lembaga Zakat Selangor melayan golongan tersebut yang datang dengan sejuta harapan, amat menyedihkan.

Ada sesetengahnya menceritakan bagaimana mereka diherdik, terpaksa mengisi borang yang menyusahkan, bahkan disoalsiasat seolah-olah mereka melakukan kesalahan, padahal mereka datang hanya untuk mendapatkan hak mereka yang diamanahkan kepada Lembaga Zakat Selangor untuk ‘dijaga’ bagi tempoh yang singkat.

Lebih malang dan tragis apabila golongan miskin tersebut terpaksa mendapatkan bantuan daripada gereja, tokong dan persatuan-persatuan agama bukan Islam.

Anehnya, tidak ada seorang pegawai atau kakitangan dari Lembaga Zakat Selangor yang sudah tentu gaji mereka dibayar oleh Baitulmal yang menggunakan ‘asnaf amil’ langsung tidak berasa malu dan segan-silu.

Justeru, selayaknya Lembaga Zakat Selangor membuat kenyataan terbuka berhubung kesudian mereka meluluskan permohonan anak Khalid Samad dan kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan zakat bagi menyambung pelajaran memandangkan TERLALU RAMAI GOLONGAN MISKIN DAN FAKIR yang permohonan mereka ditolak saban masa!

Sumber: selangordaily.com

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment