ADUN BN Persoal Dasar letak Ahli Majlis dalam jawatankuasa tender, sebut harga PBT Terdiri Daripada Parti Politik

Shah Alam 10 Nov. - Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri yang meletakkan ahli majlis daripada wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ujarnya, tindakan tersebut dilihat menimbulkan banyak keraguan termasuklah kemungkinan wujudnya campur tangan politik terhadap keputusan PBT dalam menetapkan sebut harga atau tender sesuatu projek pembangunan dan sebagainya.

"Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT. Akan tetapi, apa perlunya Ahli Majlis daripada wakil parti politik (DAP, PKR dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT.

Apakah ini satu ketelusan yang diamalkan oleh kerajaan negeri," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu Tan Khiew (DAP-Pandamaran) mengenai kenapa wujudnya pilih kasih dalam pentadbiran PBT di negeri ini.

Tambah Mohd. Isa, dasar kerajaan negeri yang meletakkan Ahli Majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT itu juga dilihat seolah-olah satu bentuk ketidakpercayaan kerajaan negeri terdapat para pegawai PBT dalam menjalankan tugas mereka.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment