Bajet 2012 Adalah Retorik Daripada Bajet 2009- Ketua Pembangkang Selangor

Ketua Pembangkang Selangor, YB Datuk Satim Diman berkata, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah retorik daripada Bajet 2009 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar pada 20 Oktober 2008, iaitu bajet pertama Kerajaan Pakatan Pembangkang yang menjadi landasan penting hala tuju pentadbiran Kerajaan Pakatan Pembangkang dan bajet-bajet berikutnya pada 2010, 2011 dan 2012.

“Dalam konteks ini, saya ingin memfokus kepada satu isu asas iaitu Manifesto PRU 12 dan penekanan ketiga-tiga bajet 2009 – 2011 untuk mewujudkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip urustadbir baik ’good governance’ dengan izin. YAB Menteri Besar sendiri, dengan imej tokoh korporat tersohor negara, selalu menggembar-gemburkan pentadbiran berwibawa, telus, adil selaras dengan prinsip tadbir urusbaik.

Dalam Bajet 2009, YAB Menteri Besar telah mempersoalkan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional. Dalam menjadikan negeri Selangor Negeri Maju pada 2005, menuduh pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional tidak telus, ikhlas dan bertanggungjawab, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni, mengamalkan dasar penswastaan yang berat sebelah kepada syarikat-syarikat swasta dan tidak cekap dalam menguruskan perbelanjaan Kerajaan negeri,” ujarnya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Sidang DUN Selangor pagi tadi.

Tambahnya, akhirnya selepas memerintah selama 3 tahun 7 bulan, cakap tak serupa bikin. Terdapat banyak kes-kes dan keputusan-keputusan YAB Menteri Besar sendiri boleh dipersoalkan tahap integriti dan kewibawaannya.

“Antaranya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di PKNS dan Yayasan Selangor. Penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pengurusan industri pasir oleh syarikat Kerajaan negeri – Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Prestasi dan masalah pengurusan Universiti Industri Selangor (UNISEL). Penyelesaian pinjaman TALAM Corporation sebanyak RM391 million. Isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan, perlantikan dan peranan Pasukan Perunding dan Penasihat Kerajaan dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan baru-baru ini isu kontroversial – pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor,” ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang.

Tambahnya, rakyat Selangor masih menunggu dan menuntut janji-janji YAB Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu TALAM CORPORATION, Tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pengisytiharaan umum aset-aset ahli-ahli Exco serta laporan isu rakaman video di pejabat Menteri Besar yang telah luput tempoh dan sehingga sekarang tidak ada sebarang berita.

“Inikah contoh pemerintahan yang telus, ikhlas dan bertanggungjawab seperti yang selalu digembar-gemburkan. Kami cabar dan beri tempoh kepada YAB Menteri Besar untuk menuntut janji-jani tersebut sehingga akhir Disember tahun ini. Kalau gagal, Terb ukti YAB Menteri Besar seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan pembohong. Cakap tak serupa bikin,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment