Bajet 'Klon' Kerajaan Selangor - Satim Diman

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman melihat Bajet 2012 Selangor yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi merupakan klon kepada bajet kerajaan persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Parlimen, 7 Oktober lalu.

“Pada saya kalau mereka tuduh bajet kerajaan persekutuan sebagai bajet pilihanraya, pada saya mereka juga menerima dan meniru konsep yang kerajaan pusat buat, mereka juga nak laksanakannya. Bagi kita, ianya juga merupakan bajet menjelang pilihan raya.

Namun rakyat harus sedar, hasil pendapatan kerajaan negeri yang dicurahkan kepada rakyat, kena lihat apakah dalam masa 3 tahun 7 bulan, mereka boleh mengemukakan bajet yang begitu baik sekali. Kita harus sedar, dalam masa 3 tahun 7 bulan ini, mereka banyak menjual harta-harta anak-anak syarikat kerajaan negeri terutamanya PKNS,” ujarnya kepada media selepas pembentangan Bajet 2012 kerajaan Selangor di DUN Selangor pagi tadi.

Ujarnya, mungkin hasil dari penjualan itulah yang diambil untuk disalurkan kepada rakyat, kononnya inilah bajet yang terbaik.

“Bagi saya, ini adalah satu perkara yang tidak baik. Andai kata dah tak dapat lagi membuat pelaburan, mana lagi simpanan yang nak dibuat. Nanti, esok kita akan sebut satu persatu kepincangan anak syarikat kerajaan negeri.

Kita akan bongkarkan satu persatu daripada mana hasil peningkatan perbelanjaan mereka yang mereka terima, seperti penstrukturan semula Talam Corporation, sedangkan mereka juga ada hutang dengan bank, bila Talam diselamatkan berapa dia bayar dengan bank, betul ke realitinya mereka untung sebagaimana yang mereka sebutkan tadi,” ujarnya yang juga merupakan ADUN Sri Serdang.

Tambahnya, benarkah anak-anak syarikat kerajaan negeri contohnya PKNS memberikan bonus 7 bulan gaji kepada kakitangan. Dari mana hasilnya, dalam masa 3 tahun 7 bulan memerintah Selangor, boleh memberikan bonus 7 bulan.

“Bila dia (kerajaan negeri) kata dana RM 20juta untuk menampung anak-anak syarikat kerajaan negeri dari Perbadanan Menteri Besar, daripada mana hasilnya? Dia ambil juga dari anak-anak syarikat yang lain, yang saya sebutkan tadi, hasil penjualan harta-harta yang dimiliki, yang selama ini 52 tahun kerajaan BN bina tetapi hari ini, senang-senang sahaja mereka menjual harta-harta ini,” tambahnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment