BNBBC Tampil Mendalami Masalah Pelajar Malaysia Di Indonesia

Selepas berusaha mencari jalan penyelesaian dengan Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia baru-baru ini berhubung isu-isu berbangkit antara Malaysia dan Indonesia, hari ini Majlis AHli Parlimen Malaysia (BNBBC) kini menjadi pemudah cara untuk pelajar Malaysia yang kini menuntut di negara jiran kita, Indonesia yang berdepan dengan kesulitan terutamanya isu yang berkaitan biasiswa dan kebajikan pelajar-pelajar kita di sana.

Timbalan Penngerusi BNBBC, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, sempena kunjungan BNBBC ke Jakarta kali ini, kita mempunyai masa untuk bersemuka dengan pelajar-pelajar kita, antara lain tujuan pertemuan ini ialah untuk mendengar sendiri masalah yang mereka hadapi terutamanya soal kebajikan.

“Kita juga ingin mendengar denyutan nadi mereka, masalah-masalah yang mereka hadapi ketika mereka belajar di sini (Indonesia), kerana kalau kita tak bersemuka dengan secara terbuka macam ini, kita tidak akan tahu apa sebenarnya masalah mereka.


Kita boleh mendengar, bukan kita boleh selesai secara terus, tapi insya-Allah biasanya apa yang BNBBC suarakan di Dewan Rakyat, jarang Pak Menteri akan menolak. Sebab kita satu pasukan lantang daripada pihak pembangkang itu sendiri,” ujarnya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Ramah Mesra BNBBC bersama para pelajar Malaysia yang menuntut di Indonesia di sebuah hotel di Ibukota Jakarta, malam tadi.

Pada majlis tersebut, BNBBC turut memberikan peluang kepada pelajar untuk bersoal jawab bertanya soalan secara langsung. Antara yang dibangkit dan dipersoalkan pelajar dalam majlis tersebut ialah soal perkembangan politik dan isu semasa tanahair selain soal kebajikan mereka yang menuntut di Indonesia.

Dalam masa yang sama, Yang DiPertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jakarta, Khairul Hafidz Akhair Amin berkata, peluang untuk bersemuka dan berjumpa dengan Ahli Parlimen BN merupakan satu peluang yang sangat banik dan sangat ditunggu-tunggu, kerana ia merupakan peluang untuk bertukar-tukar pendapat dan meluah apa yang dipendam, khususnya dalam soal kebajikan para pelajar Malaysia di Indonesia.

“Respon dari BNBBC sangat baik, setiap apa yang kami perkatakan diambil ambil perhatian dan mereka menjanjikan akan membawa persoalan dan permasalahan kami ini kepada pihak atasan termasuk di Parlimen, Kementerian malah kepada Perdana Menteri kita,” ujarnya kepada pihak media selepas majlis tersebut.

Pada majlis tersebut, BNBBC turut menghulurkan bantuan kewangan kepada 16 buah persatuan Pelajar dan Kelab UMNO Luar Negara bagi mereka melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti mereka.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Apa susahnya, kita haramkan rakyat Malaysia belajar diIndonesia habis cerita. Buat apa cari masaalah, banyak lagi Pusat Pengajian tinggi di tempat lain. DiIndonesia pun bukan bagus sangat. Tengok ranking Universiti disana lebih teruk dari Malaysia.

Post a Comment