Cukai Pintu: Mana Janji Kerajaan Pakatan Selangor?

Mana janji Manifesto Pakatan Pembangkang pada PRU ke 12, mereka menjanjikan penurunan cukai pintu sebanyak 20% terhadap premis kediaman dan komersil. Janji yang pastinya telah menarik minat dan perhatian rakyat Selangor sehingga Selangor tumbang kepada pembangkang pada PRU12 yang lalu, ujar Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

“Rakyat sudah pasti akan tertarik dengan janji yang telah dibuat oleh mereka. Apa juga penjelasan oleh kerajaan diwaktu itu tidak diterima lantaran terpengaruh dengan janji manis pakatan. Maka rakyat telah memberikan sokongan kepada pakatan dan akhirnya pakatan dapat membentuk kerajaan di Selangor.

Kini sudah lebih 3 tahun kerajaan Pakatan memerintah Selangor dan namun sehingga hari ini tiada sebarang penurunan cukai taksiran telah dibuat. Malah dengan sikap yang ditunjukkan oleh MB Selangor, kita boleh simpulkan bahawa mereka tiada niat pun untuk menurunkan cukai sebagaimana yang dijanjikan. Lebih malang pula bukan setakat tidak diturunkan, malah disesetengah kawasan cukai ini telah dinaikkan,” ujarnya.

Ujarnya, Samada pakatan pembangkang sedar atau tidak mereka sebenarnya telah berbohong kepada 5.41 juta orang penduduk di Selangor ini. Sewaktu pilihanraya Manek Urai di Kelantan, Datuk Seri Najib telah berjanji untuk membina jambatan baru untuk kemudahan penduduk jika calon BN menang. Namun begitu calon BN telah tewas namun beberapa minggu selepas itu PM telah meluluskan juga pembinaan jambatan tersebut kerana menyedari akan harapan yang begitu tinggi penduduk terhadap kewujudan jambatan tersebut.

Jika dua paparan kisah ini disingkap, maka rakyat boleh menilai kembali siapa yang lebih berpegang pada janji dan siapa yang lebih munafik dalam soal memungkiri janji yang dibuat?

“Jika kerajaan Pakatan di Selangor berhasrat melaksanakan segala janji yang mereka tabur dulu diwaktu dekat dengan pilihanraya, maka jelaslah mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat dan golongan munafik ini seharusnya ditolak oleh rakyat Selangor!

Menteri Besar Selangor seharusnya sedar bahawa sudah lebih 3 tahun rakyat Selangor menunggu segala janji yang dibuat. Pemimpin Pakatan akan melakukan apa sahaja untuk menutup segala penipuan janji pilihanraya terhadap rakyat termasuklah dengan menyerang pemimpin Barisan Nasional dengan pelbagai fitnah dan sekali lagi mereka akan cuba membohongi rakyat! Dan ia bukanlah perkara asing bagi golongan manusia munafik ini!,” ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang dan Ketua UMNO bahagian Puchong, Selangor.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment