DAP Hanya Memperguna Orang Melayu Untuk Mendapatkan Pengaruh- Pak Ngah Lengkong


Pertemuan eksklusif Sahabat-Gnung & Bro Roslay bersama Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong di Bota, Parit Perak baru-baru ini memberikan peluang untuk mendalami pengalamannya yang pernah bersama dalam perjuangan DAP di Perak, sehingga beliau dipilih sebagai orang Melayu yang bertanding di Pilihan Raya Umum di DUN Bota Perak.

Pertemuan tersebut diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediaman Pak Ngah di sebuah hutan di pinggir daerah Bota, Perak.

Bota, Perak- Ngah Bin Mat Baki atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah Lengkong, mengakui pilihannya pada tahun 1978 untuk memasuki parti politik berhaluan kiri, DAP yang akhirnya membuka ruang kepadanya untuk menjadi calon DAP di DUN Bota, Perak.

“Ketika itu, memang DAP mula mahu mengembangkan sayap mereka, termasuk mahu mendapatkan pengaruh dari orang-orang Melayu. Ketika itu, DAP sedang menubuhkan Biro DAP di Luar Bandar dan kami sebagai calon ini secara automatic menjadi ahli jawatankuasa biro tersebut.

Pada pilihan raya tersebut, saya telah kalah. Selepas itu, saya sedar perjuangan saya tidak betul dan saya perhatikan Perikatan (Barisan Nasional) di sini ketika itu sudah longgar kerana ada pengacau seperti saya di sini,” ujarnya dalam pertemuan ekslusif yang diaturkan Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria di kediamannya di dalam sebuah hutan di daerah Bota.

Dalam pertemuan selama sejam itu, Pak Ngah Lengkong turut mengagumi ketokohan dan keperibadian Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan melihat Tun Mahathir sebagai patriotik kerana sepanjang masanya memikirkan hal dan masa depan anak bangsa.

Pak Ngah turut menasihatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang boleh membawa ke jalan yang sesat. Walaupun Malaysia (Tanah Melayu) sudah aman damai dan merdeka, namun terdaat anasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai ruang untuk merobohkan keharmonian Negara kita.

“Perjuangan anasir-anasir jahat ini tidak pernah terkubur. Sebagai contoh, buku yang saya sedang baca sekarang ini, “Pemberontakan Bersenjata Komunis Di Malaysia”, jelas membuktikan bahawa komunis sentiasa berusaha untuk memastikan Tanah Melayu ini menjadi sebuah Negara Republik. Dia memberikan kita gambaran, tipu helah dan muslihat komunis untuk menjahanamkan Tanah Melayu ini,” tambahnya.

Ikuti seterusnya temubual eksklusif (Siri 1) bersama Pak Ngah Lengkong di dalam Youtube.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment