Enggan Bubarkan DUN Selangor : Khalid Takut Berdepan Hukuman Rakyat

Keengganan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kerajaan Persekutuan bertindak membubar Parlimen dalam masa terdekat ini menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan umum.

Ketua Pembangkang DUN itu, Datuk Satim Diman berkata antara persoalan yang berlegar hari ini apakah Tan Sri Khalid belum lagi puas berada di kerusi empuk Menteri Besar dalam usaha menghabiskan sisa-sisa harta benda kerajaan negeri.

Menurut beliau jika Khalid berani dan bertanggungjawab, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa sebaliknya bersedia untuk memberi pilihan kepada rakyat bagi menentukan mandat untuk menerajui kerajaan negeri.

“Ini adalah antara dakwaaan yang ditimbulkan setelah Khalid mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara itu baru-baru ini. Bukankah banyak dakwaan yang melibatkan kerajaan negeri seperti isu penjualan anak syarikat serta dalam soal-soal lain.

“Perkara itu tentunya menimbulkan kemarahan rakyat Selangor yang mana mereka tidak mahu lagi bersubahat bersama Khalid dan kuncu-kuncunya bermaharajalea dengan kuasa yang ada di negeri itu. Atas faktor itulah yang menyebabkan Khalid bertindak sedemikian,” katanya.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan sekalipun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kata Khalid, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Satim yang juga Ketua UMNO Serdang seterusnya berkata dengan pelbagai janji 2008 yang masih tidak ditunaikan, sudah pasti kerajaan negeri tidak berani untuk berdepan dengan rakyat jika DUN dibubarkan dalam masa terdekat.

“Pergilah ke ceruk mana sekali pun, saya penuh yakin orang ramai akan bercakap tindak tanduk pimpinan kerajaan negeri yang hanya tahu berceramah dan bukannya melaksanakan apa yang dijanjikan.

“Apa jua alasan yang diberikan oleh Khalid, sebenarnya memberi gambaran bahawa mereka ngeri dan begitu gusar untuk menyerahkan pilihan kepada pengundi dalam masa terdekat untuk membolehkan rakyat membuat pilihan.

“Saya bukannya retorik dan syok sendiri tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, dengan pelbagai dakwaan penyelewengan serta isu-isu setempat lain, ianya umpama mimpi yang menakutkan kepada Khalid untuk membubarkan DUN,” katanya. -MediaUMNO

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. macam mana gua mau bubarkn dun, harta rampasan blm gua kebas dan habiskn lagi.
    pasir masih banyak lagi di selangor ni. duit pkns dan mbi masih ada lagi. gua mau habiskn dulu. jd nti bila gua terpaksa pergi atau kena halau, gua tidak kesah. smua sudah gua kebas. semua suda gua pas sama kroni2. gua kasi mrk gaji byk2. elaun smpai juta-juta. nti gua bole claim balik. hahahaha..

Post a Comment