GPMS Sungai Pinang Bidas MCCBCHST


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sungai Pinang sangat kesal dengan kenyataan bersifat provokasi, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu qurban tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam atas alasan tempat awam dan sekolah tiada kaitan dengan masyarakat Islam dan kegiatan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Timbalan Yang Di Pertuanya, Azdy Mohd Arshad berkata, bagi GPMS Sungai Pinang, gesaan yang dibuat oleh MCCBCHST dan alasan yang dikemukakan adalah sangat tidak munasabah dan secara jelas cuba membangkit kemarahan serta mencetuskan perbalahan antara ummat Islam dengan penganut-penganut agama lain di negara ini.

“Sejak turun-temurun lagi, apabila tiba Hari Raya Aidiladha, ummat Islam di negara ini akan melaksanakan ibadah qurban di kasawan masjid, surau, dewan masyarakat, padang awam atau kawasan-kawasan yang majoritinya didiami oleh orang-orang Islam. Kadangkala ada juga yang melakukan aktiviti penyembelihan di kawasan padang sekolah jika dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh kerana tiada tempat yang sesuai di sekitar kawasan perumahan atau masjid tersebut.

Namun berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh GPMS Sg. Pinang, ternyata kegiatan penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah adalah sangat sedikit. Jika terdapat aktiviti penyembelihan haiwan qurban yang dijalankan di sekolah-sekolah, ianya membabitkan guru-guru, kakitangan, pelajar dan ibupaba yang beragama Islam dan tiada kaitan dengan penganut-penganut agama lain. GPMS Sg. Pinang berpendirian bahawa dakwaan MCCBCHST yang menuduh ummat Islam tidak sensitif terhadap pelajar-pelajar agama lain tidak timbul sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media petang tadi.

Tambahnya, dakwaan MCCBCHST ini adalah sangat tidak bertanggung jawab, bertentangan dengan amalan hidup bertolenransi, berfikiran dangkal dan berniat jahat.

GPMS Sg. Pinang ingin menegaskan bahawa ummat Islam di Malaysia sentiasa sensitif dan bertoleransi dengan penganut-penganut agama lain. MCCBCHST yang sebenarnya perlu sensitif terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan mencampuri hal ehwal agama Islam adalah sangat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menghina Majlis Raja-raja Melayu.

GPMS Sg. Pinang sangat khuatir sekiranya MCCBCHST terus menerus mengeluarkan kenyataan berniat jahat seperti ini, ia bakal mengundang permasalahan besar antara penganut berbilang agama di negara kita dan mampu mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

“Justeru itu, GPMS Sg. Pinang menuntut agar MCCBCHST meminta maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam dan seluruh ummat Islam di Malaysia atas kenyataan provokatif, biadap, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh MCCBCHST. Selaku majlis perundingan antara agama MCCBCHST sepatutnya lebih peka dan memainkan peranan memdidik dan memahamkan masyarakat majmuk di nagara ini agar saling menghormati antara satu agama dengan agama yang lain dan bukannya mencetuskan api perkauman atau ketegangan antara agama.

GPMS Sg. Pinang juga tidak tergak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang serta bertindak balas terhadap MCCBCHST sekiranya pihak MCCBCHST tidak mahu memohon maaf dan masih bersikap angkuh disebalik niat dan agenda jahat mereka,” ujarnya lagi.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment