Jangan Sibuk Mengata KR1M, Air Di Kelantan Bagaimana??

Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang berterusan menjadi bahan tohmahan pembangkang harus dilihat dan diterima sebagai satu alternatif terbaik yang boleh ditawarkan kerajaan bagi mengatasi sesuatu masalah berbanding hanya bercakap tanpa menggariskan sebarang penyelesaian, ujar naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.

"Alternatif adalah satu perkara yang baik apabila kita ada kuasa, kita sediakan tetapi yang jadi masalah apabila tiada alternatif, dalam hal ini, apakah dia (pembangkang) sudah ada alternatif, apa cadangan mereka?.

"Jadi, dalam hal ini kita kena setuju KR1M adalah alternatif yang juga satu daripada kaedah yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai jawapan kepada mereka yang kurang berkemampuan," katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.

Serangan pembangkang terhadap KR1M seperti produk yang dijual tidak semurah yang didakwa, berkualiti rendah dan kandungan susu formula bayi yang dijual telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985, Razali berkata mereka berhak berbuat demikian tetapi masyarakat juga ada hak untuk mendengar apakah cadangan atau alternatif kepada tohmahan itu.

Dalam masa yang sama, mereka mempertikai KR1M tetapi bagaimana mereka menguruskan air di Kelantan, adakah lebih baik mereka memberikan khidmat terbaik khususnya dalam pengurusan air di Kelantan daripada mempertikai dan mencari salah KR1M.

"Terserah kepada rakyat di Kelantan, kalau rakyat Kelantan selesa dengan kehidupan menggunakan air sebegitu rupa seperti dari perigi dan sebagainya, tidak ada apa yang boleh kita buat sebab BN bukan kerajaan di Kelantan.

"Tetapi kalau rakyat hendakkan perubahan kerajaan BN ada cara untuk berikan air bersih seperti mana yang kita beri air yang terawat di tempat-tempat lain,"katanya.

Beliau berkata isu air di Kelantan telah lama dibangkitkan namun dipertahankan oleh kerajaan negeri malah dicari salah kononnya ia agenda daripada Persekutuan untuk menganiaya negeri itu.

Katanya, dalam soal menjaga kebajikan rakyat, BN sebagai kerajaan yang diberi amanah tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi malah khidmat yang diberikan juga bukan untuk mempertahankan kuasa sebaliknya bagi membawa negara ke peringkat yang lebih baik.

"Jadi, pada saya apa yang berlaku di Kelantan adalah satu perkara yang diibaratkan seperti barah yang telah lama wujud, yang akhirnya tidak lagi dapat dibendung dalam suasana hari ini di mana air yang dirawat pun boleh tercemar, inikan pula air yang dibuat tanpa rawatan yang sempurna," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Muar.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment