Janganlah Mimpi Kalau Negeri Sendiri Pun Bak “Telur Di Hujung Tanduk”

Pemimpin pembangkang disaran cermin diri khususnya menilai kedudukan negeri yang diperintah oleh sekutu masing-masing di empat negeri sebelum menyimpan hasrat untuk merempuh tiga negeri selatan tanah air.

Pengerusi Biro Pendidikan Polititik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh berkata jika negeri berkenaan pun terumbang-ambing dan boleh diumpakan seperti telur di hujung tanduk, hasrat untuk melebarkan pengaruh di tanah air tinggal kenangan.

Menurutnya beliau bukanlah angkuh dan bukannya tidak berpijak di bumi yang nyata, tetapi itu adalah hakikat sebenar kerana rakyat Johor khususnya kenal dan tahu siapa yang boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

“Dan tidak dapat dinafikan juga buatlah apa pun dan taburlah fitnah serta tohmahan terhadap BN, saya penuh yakin penduduk tidak akan melupakan jasa-jasa yang telah dibuat oleh parti berkenaan yang memerintah negeri ini sejak sekian lam.

“Bagitu juga di Negeri Sembilan serta Melaka yang mana rakyatnya tahu untuk berterima kasih kepada siapa dan bukannya termakan dengan hasutan serta dakyah yang ditabur oleh parti pembangkang,” katanya.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berharap berharap kongres kebangsaannya di Johor pada hujung minggu depan akan membantu parti itu dan Pakatan pembangkang menyebarkan pengaruh mereka ke negeri berkenaan yang telah sekian lama menjadi kubu kuat UMNO.

Selain itu difahamkan, pembangkang juga berhasrat untuk melebarkan sayapnya ke negeri berjiran dengan Johor iaitu Melaka dan Negeri Sembilan.

Ali Mazat yang juga Ketua Pemuda Kulai seterusnya menambah, kongres PKR itu tidak lebih sekadar gimik pembangkang yang kononnya untuk memperlihatkan kepada umum kekuatan sebenar mereka di negeri tersebut.

“Buatlah apa sekali pun……Kita percaya rakyat Johor tidak akan lupa penghinaan daripada pemimpin sekutu PKR, Lim Guan Eng terhadap Johor sebelum ini. Ianya tetap akan menjadi titik sejarah hitam kepada rakyat Johor.

“Usah nak tunjuk hebat……Tunjukkan dulu kemampaun di negeri yang dikuasi mereka. Tujukkan kepada rakyat apa yang mereka mampu buat dan lebih baik daripada kerajaan BN. Jika itu tidak berjaya, jangan harap rakyat Johor termakan dengan hasutan mereka,” katanya. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment