Kerajaan Negeri Selangor Harus Lebih Prihatin Nasib Rakyat – Rahman

Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri mendesak agar kerajaan negeri Selangor lebih prihatin terhadap nasib rakyat di negeri itu.

Katanya, kerajaan negeri Selangor perlu bertanggungjawab terhadap banjir yang berlaku di sekitar Bagan Nakhoda Omar sehinggakan merosakkan kebun dan penempatan penduduk di situ.

“Banjir tersebut didakwa berpunca daripada Projek Pembinaan Kunci Air di Bagan Nakhoda Omar. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu meneliti secara terperinci projek berkenaan. Projek tersebut sepatutnya tidak dilakukan apabila musim tengkujuh sudah hampir.

“Apabila ianya dijalankan pada waktu musim tengkujuh, maka ianya akan menyusahkan rakyat. Disebabkan pembinaan projek tersebut, kunci air sedia ada ditutup dan ianya menyebabkan air hujan tidak dapat dilairkan ke laut. Maka terjadilah banjir,” ujarnya.

Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen Sabak Bernam mendesak kerajaan negeri bersama Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) agar melakukan sesuatu.

Disebabkan banjir yang berlaku dan merosakkan kebun mereka, punca pencarian rakyat terganggu. Selain harta benda musnah, rakyat juga menghadapi kesukaran apabila beberapa laluan turut rosak.

“Nasib rakyat harus dibela. Jangan terus biarkan rakyat hidup menderita kerana perkara ini boleh diselesaikan dengan baik. Kita akan terus memantau permasalahan ini dan akan cuba menghulurkan bantuan yang difikirkan perlu,” ujarnya lagi kepada UMNO-Online. –MediaUMNO.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment