Kerajaan Selangor Rakus - Alumni Yayasan Selangor bantah roboh dua asrama

Kira-kira 20,000 alumni Asrama Yayasan Selangor hari ini menuntut kerajaan negeri menghentikan usaha merobohkan Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin milik yayasan itu masing-masing di Kampung Pandan, Kuala Lumpur mulai tahun depan.

Tuntutan itu dikemukakan oleh Penyelaras Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS), Badrul Zaman Baharuddin menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada kerajaan negeri hari ini.

Katanya, usaha untuk merobohkan kedua-dua asrama tersebut oleh pengurusan Yayasan Selangor merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap lebih 400 orang pelajar miskin untuk mendapat pembelaan dari segi peluang pendidikan yang sewajarnya selaras dengan objektif penubuhan yayasan itu sendiri pada tahun 1970.

"Kita tidak nampak apa keperluan kedua-dua asrama ini dirobohkan. kita libat tiada sebarang perancangan yang teliti dibuat oleh pohak pengurusan Yayasan Selangor mengenai perkara ini.

"Kita mempersoalkan, jika kedua-dua asrama itu dirobohkan, apakah perancangan alternatif kepada para pelajar terbabit dari segi penempatan mereka. Jika pelajar asrama berkenaan ditempatkan semula di luar bandar, maka ia telah lari daripada fungsi dan matlamat penubuhan Yayasan Selangor itu sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Badrulzaman, berdasarkan objektif dan penubuhan Yayasan Selangor, asrama berkenaan ditempatkan di kawasan bandar untuk membolehkan pelajar-pelajar miskin di luar bandar untuk mendapat pendidikan di sekolah bandar atas hasrat untuk mengurangkan jurang pendidikan di antara dua kawasan tersebut.

Malah katanya, keputusan Yayasan Selangor itu katanya dilihat pengurusan yayasan tersebut hanya lebih mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengira kesan dan akibat terhadap peluang para pelajar miskin luar bandar mendapat pendidikan yang terbaik.

"Kita tahu bahawa tapak dua asrama ini mempunyai nilai komersial yang tinggi. Apakah keuntungan menjadi motif utama yang difikirkan oleh pengurusan Yayasan Selangor pada hari ini sedangkan yayasan itu ada awal penubuhannya adalah bukan bermotifkan keuntungan.

"Alasan yang diberikan oleh Yayasan Selangor dalam satu pertemuan di antara Pengurus Besarnya dengan alumni asrama yayasan sebelum ini menyatakan keputusan itu dibuat disebabkan kenaikan kos dan penurunan prestasi pelajar juga adalah tidak munasabah.

"Sebagai pengurus, Yayasan Selangor harus tahu bagaimana untuk mengatasi perkara itu bukan mengambil langkah merobohkan asrama-asrama berkenan," ujarnya yang turut menyatakan 98.6 peratus ibu bapa para pelajar membantah keputusan yayasan itu.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias yang mewakili GSAYS menyerahkan memorandum tersebut kepada kerajaan negeri menyatakan keputusan itu adalah bukti menunjukkan ketidak prihatinan Yayasan Selangor dan kerajaan negeri membela nasib pelajar miskin di Selangor.

Katanya, dua asrama itu telah memberikan kesan besar kepada pembangunan pendidikan dan pelajar di negeri ini sejak ia mula dibuka pada tahun 1975 dan ia merupakan satu institusi yang perlu dikekalkan, bukannya dihapuskan.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment