Koh Tsu Koon Tidak Bertanding…. Ada yang masih membisu ……

Koh Tsu Koon membuat keputusan yang cukup berat apabila menyatakan pendirian untuk tidak bertanding di mana-mana DUN mahupun Parlimen pada PRU ke-13 kelak….

KTK berani dan bertanggungjawab…. Tetapi sejauh mana keberanian KTK dapat dicontohi atau diteladani oleh mana-mana pemimpin veteran BN dalam menghadapi PRU13.

Dalam UMNO sendiri, sudah ada pemimpin yang datang dan pergi, malah dalam pucuk kepimpinan tertinggi UMNO sekalipun, selepas Tun M, Pak Lah menganti sehingga membawa kemenangan yang cukup besar BN di seluruh Negara pada PRU11 namun kemenangan tersebut bukan jaminan untuk BN kekal teguh dan terus diterima rakyat …..

BN menghadapi cuaca politik yang cukup muram pada 8 Mac 2008 iaitu PRU12 di mana BN bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi 2/3 di Dewan Rakyat, malah kehilangan Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang selain Kelantan yang telah diterajui PAS sekian lamanya, malah hilang banyak kerusi di Wilayah Persekutuan.

PRU13 – apakah mood rakyat untuk BN. Tapi yang lebih penting, tawaran KTK untuk tidak bertanding pasti akan ‘merimas’kan beberapa pemimpin senior dalam BN.

Beberapa pemimpin tertinggi BN kalah pada pilihan raya umum 2008, termasuk Presiden MIC Datuk G. Palanivel dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas, terus membisu tentang sama ada mereka akan teru menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Begitu juga dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek …. Masih mendiamkan diri status dirinya dalam PRU-13 kelak …??

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.