Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Intipati Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Pemuda, Wanita & Puteri UMNO di Dewan Merdeka, PWTC........

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihanraya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan lanskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na'uzubillahi min zalik.

Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallāha ma'ana.

Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment