MB Pembohong- 1.4 juta isirumah Selangor tidak nikmati air percuma: Mohd. Isa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong besar menyatakan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya prihatin kepada masalah seluruh rakyat dengan memberikan bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu.

Pembohongan itu jelas dilihat menerusi perangkaan yang diterima yang menunjukkan seramai 1.4 juta isi rumah di Selangor tidak menikmati bantuan itu sehingga ke hari ini.

Katanya jumlah isi rumah itu katanya melibatkan keluarga yang tinggal di perumahan pangsapuri dan kondominium yang masih menggunakan meter bekalan air secara pukal.

"Sejak tahun 2008 bantuan bekalan air percuma ini dilaksanakan, kerajan negeri sering mencanang-canangkan perkara itu sebagai satu kejayaan dan keprihatinan mereka kepada rakyat.

"Hakikatnya yang sebenar ialah sehinga kini, lebih 1.4 juta isi rumah di seluruh Selangor tidak dapat menikmati bantuan air percuma itu. Jadi apakah ini bentuk keperihatinan kerajan negeri kepada rakyat," soalnya di hadapan pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, petang tadi.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga turut berhutang kepada rakyat yang tidak menikmati bantuan bekalan air percuma sebanyak RM400 juta dalam temph 40 bulan sejak bantuan itu diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Isa turut menuntut kerajaan negeri membayar insentif sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri bagi membantu merigankan beban kewangan mereka lebih-lebih lagi sesi persekolahan bermula awal tahun depan.

Insentif itu katanya harus diberikan juga kepada seluruh guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang turut menyumbang kepada pembangunan insan di negeri ini.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga harus memberikan bantuan RM100 kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) selaras Kerajaan Pusat yang memberikan bantuan itu kepada pelajar sekolah di negara ini.

"Kerajaan negeri mengatakan Bajet Selangor 2012 adalah bajet berimbang. Namun, apa rakyat nikmati daripada bajet negeri ini, tidak ada.

"Meskipun bajet Kerajaan Persekutuan defisit, rakyat jelasnya menikmati hasilnya seperti subsidi, bonus kakitangan awam termasuklah bantuan-bantuan lain kepada rakyat sehingga kepada persekolahan.

"Kalau kerajaan negeri mengatakan mereka berkebajikan, prihatin rakyat, mereka harus berikan bantuan-bantuan itu," ujarnya.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Haha lawak la kau orang, Asyik cari salah orang je..Aku dah berbelas tahun kat Selangor..zaman BN 1 sen air free untuk rakyat pun tak kasi, apa cerita YB BN?.. apa yg hari ku panggil diri mu YB? x layak kot..yg Berkhidmat? kadang2 x wat keje pun...asyik dgn projek je....

    kerajaan PR wat kebaikan pun x sokong. Manusia jenis apa ini...

    Kalau dah tak ada meter..nak kasi free macam mana? meter Pukal lain lak la arrangement nya...x dapat wat auto dlm komputer.

Post a Comment