Mereka Temberang Sahaja- Mana Ketelusan, Kebebasan Maklumat Yang Mereka War-Warkan Dulu? – Isa Kassim

Hanya kerana mahu mendapatkan jawapan yang tak pasti, ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Kassim telah digantung dari menghadiri Sidang DUN selama sehari

“Menteri Besar Selangor bukan sahaja tidak menjawab isu yang saya persoalkan iaitu Program MES untuk penjawat awam, malah saya pula diarahkan keluar oleh pihak Speaker. Di mana ketelusan, kebebasan maklumat sebagaimana yang mereka war-warkan dulu. Semuanya temberang,” ujarnya ketika dihubungi untuk mengulas pengantungannya dari menghadiri Sidang DUN Selangor hari ini.

Sidang DUN Selangor gamat pagi tadi setelah ADUN Batang Kali diarahkan keluar dari Sidang DUN bersempena pembentangan Bajet 2012 Peringkat Negeri Selangor.

“Kita adalah wakil yang dipilih rakyat, oleh yang demikian di sini sahajalah tempat yang sesuai untuk saya membawa suara rakyat, saya mahu mendapat jawapan yang pasti dari Menteri Besar, kerana Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menjawab soalan tambahan saya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Saya kecewa dengan tindakan Speaker DUN Selangor yang bertindak tidak adil dalam memberi ruang kepada beliau untuk bersuara di Sidang DUN,” ujarnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment