Pembangkang Bazirkan Waktu Untuk Usul Yang Tidak Berfaedah- Nasir

Usaha untuk membawa usul memotong gaji Perdana Menteri yang dibuat Pakatan Pembangkang melalui wakilnya, Tian Chua (PKR-Batu) merupakan satu usaha yang membazir masa rakyat, yang sepatutnya masa tersebut digunakan sepenuhnya untuk membincangkan permasalahan rakyat di akar umbi, ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.

“Selama ini pun kita lihat, berbanding dengan Negara-negara lain, dari segi ekonomi kita bertambah baik berbanding Negara lain. Cuba beberapa perkara yang dikaitkan oleh YB Batu tadi, merupakan perkara-perkara yang tidak berasas.

Mungkin apa yang dibentangkan hanya merupakan untuk kepentingan politik mereka sendiri. Bukannya bertujuan untuk memberikan input yang baik kepada Negara,” ujarnya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Dalam masa yang sama, ujarnya penganjuran Seksualiti Merdeka dilihat dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk membuka ruang terhadap isu-isu seksual songsang dengan berselindung di sebali hak asasi manusia.

Semalam di Parlimen, beberapa Ahli Parlimen membangkitkan mengenai isu ini dengan ada yang menyifatkannya sebagai budaya binatang. Mungkin ramai yang tidak faham mengenai program tersebut dan kerana itu, reaksi segera mereka gagal dikesan. Program tersebut dikatakan mempromosikan budaya seksual yang bertentangan dengan Islam dan adat timur yang sekian lama kita amalkan.

“Malah, mereka yang terlibat menyokong program ini pula bukanlah calang-calang orang. Ia terdiri daripada NGO yang bertopengkan perjuangan hak asasi manusia selain individu yang dikaitkan dengan program ini adalah manusia yang sama terlibat dengan perhimpunan BERSIH yang diharamkan itu.

Walaupun sebagai seorang pengamal politik, saya tidak melihat isu ini dalam konteks berkenaan. Sebaliknya saya ingin melihat perkara tersebut sebagai seorang rakyat – di mana sebenarnya akibat daripada sikap orang kita sendiri, maka ada orang lain yang lebih berani melakukan sesuatu yang boleh mengancam, menghina dan mencetuskan keadaan yang diharamkan agama Islam yang Maha Suci,” tambahnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Terengganu.

Sudah acapkali umat Islam diuji dalam isu-isu yang sensetif tetapi mereka masih tidur dan lena. Oleh kerana itu, mereka mudah terbuai dan tidak sensetif dengan isu-isu yang melibatkan dengan kepentingan mereka.

Bagi rakyat yang fanatik, apa yang dilakukan oleh puak dan golongan sekutu mereka, mereka akan memplaster mulut dan tutup telinga. Mereka tidak berminat. Inilah manusia yang sentiasa memakai topeng. Dan, ini jugalah cabaran serta masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam sebenarnya.

“Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat agar lebih sensetif terhadap isu berkenaan dan tidak memandangkan sebagai hanya perkara terpencil. Bagi saya, ini adalah satu ancaman dan cabaran kepada rakyat dan umat Islam. Ingat, ada hal-hal yang boleh kita kompromosi, namun ada hal-hal tertentu pula, kita tidak boleh bertolak ansur, apatah lagi ia berada pada tahap yang melampau.

Kita telah berada di dalam sebuah negara Malaysia yang sangat aman damai. Oleh kerana itu, jangan ada mana-mana pihak yang cuba meragut keamanan dan keharmonian itu dengan menganjurkan acara yang bukan-bukan di negara ini.

Sedarlah, kita sedang diperhati dan setiap ruang kelemahan kita akan diambil kesempatan oleh manusia yang tidak pernah tahu bersyukur itu,” ujarnya yang juga merupakan Naib Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment